IMBAS KEMBALI FFM: FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-9 (1991)

Tahukah anda, sejak kali pertama dianjurkan pada tahun 1980, Festival Filem Malaysia ketika itu dikenali sebagai Pesta Filem Malaysia. Ia diilhamkan penganjurannya oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA). Pada tahun 1982, semasa Pesta Filem Malaysia Ketiga, FINAS menjadi pemangkin kepada penganjurannya, malah nama pesta filem itu ditukar secara rasmi semasa penganjurannya pada tahun 1991 melalui Festival Filem Malaysia Kesembilan (FFM9, 1991).

Dianjurkan bersama GAFIM, FFM9 menyenaraikan 18 buah penyertaan filem pelbagai genre meliputi komedi, drama, percintaan, seram dan romantik. Filem arahan Y.M Raja Ahmad Alauddin, 'Hati Bukan Kristal', yang dibintangi Ridzuan Hashim, Erma Fatima, Zaiton Sameon, Julia Rais, Adibah Amin, Shah Rezza, Imuda dan A. Rahim itu memenangi 6 anugerah di FFM9, antaranya Pelakon Bintang Harapan (Julia Rais), Pelakon Lelaki Terbaik (Ridzuan Hashim), Pelakon Wanita Terbaik (Erma Fatima), Pengarah Filem Terbaik (Raja Ahmad Alauddin), Cerita Terbaik (Habsah Hassan), dan Filem Terbaik, sekaligus meletakkan ia antara karya hebat dalam sejarah penganjuran festival filem waktu itu. 

Filem Mat Som yang diarahkan oleh Prof. Dr. Hatta Azad Khan pula memenangi 2 anugerah antaranya Pelakon Komedi Terbaik (Zami Ismail) dan Lakon Layar Terbaik (Hatta Azad Khan). Fenomena, Bayangan Maut, Mat Gelap dan Riang Tirana juga memenangi anugerah sampingan di FFM9 di mana festival itu masih mengekalkan 'Panca Delima' sebagai ikon kepada Festival Filem Malaysia.

Imbas Kembali Festival Filem Malaysia ke-9, FFM9 telah diadakan pada 2 Jun 1991 di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam, Selangor. 


IMBAS KEMBALI FESTIVAL FILEM MALAYSIA : FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-9

FILEM TERBAIK
Hati Bukan Kristal

PENGARAH TERBAIK
Raja Ahmad Alauddin (Hati Bukan Kristal)

PELAKON LELAKI TERBAIK
Ridzuan Hashim (Hati Bukan Kristal)

PELAKON WANITA TERBAIK
Erma Fatima (Hati Bukan Kristal)

PELAKON LELAKI PEMBANTU TERBAIK
Mano Maniam (Mat Som)

PELAKON WANITA PEMBANTU TERBAIK
Karen Iskandar (Riang Tirana)

LAKON LAYAR TERBAIK
Hatta Azad Khan (Mat Som)

PENULIS SKRIP TERBAIK
Habsah Hassan (Hati Bukan Kristal)

JURUGAMBAR TERBAIK
Badaruddin Haji Azmi (Fenomena)

PENYUNTING TERBAIK
Sallehan Shamsuddin (Bayangan Maut)

MUZIK TERBAIK 
M.Nasir (Fenomena)

LAGU TERBAIK
Istana Menanti 
M.Nasir 
Filem : Fenomena

PENATAAN SENI TERBAIK
Zarul Al Bakri (Mat Gelap)

PENATAAN BUNYI / SUARA TERBAIK
Musa Idris (Fenomena)

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK 
Normarina Zulkifli (Fenomena)

PELAKON KOMEDI TERBAIK
Zami Ismail (Mat Som)

BINTANG HARAPAN
Julia Rais (Hati Bukan Kristal)

ANUGERAH JURI I
Hatta Azad Khan ; Kerana kebolehan sebagai Pengarah bagi Filem Pertama, Mat Som

ANUGERAH JURI II
Yusof Haslam ; Kerana berperanan sebagai Produser, Pengarah, Penulis Skrip dan Pelakon bagi Filem Bayangan Maut

ANUGERAH JURI III
ZSA Holding ; Kerana visual efek dan animasi bagi filem Mat Gelap

ANUGERAH JURI IV
Strawberry FTV ; Kerana masyarakat dan kebudayaan bagi filem Mat Som

ANUGERAH JURI V
Fenomena ; Kerana Penyampaian Box Office

ANUGERAH KHAS JURI
Siput Serawak

SEJATI
Poster Terbaik
Filem Tuah (Kedua)
Filem Fenomena (Ketiga)

KRITIKAN FILEM TERBAIK
Syahbuddin Abdullah
"Fenomena : Antara Kekuatan Taktik dan Kelemahan Teknik (Fenomena)

Mohd Lazim Endut
"Tiada Yang Boleh Dibanggakan Dalam OK" (OK)

Ikuti juga artikel sebelum ini:-


Amy Ikram by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan