KONSERT JIWA KACAU PUKAU 7,000 PENONTON

Kemeriahan Konsert Jiwa Kacau 2023 yang menampilkan Insomniacks, Hujan, Bunkface dan Masdo berjaya memukau lebih 7,000 penonton yang hadir. Konsert yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 17 Jun lalu menghidangkan lebih 31 buah lagu dendangan 4 kumpulan muzik popular itu. 

Dibawakan khas oleh MND Sports & Event Sdn Bhd, penganjuran konsert berskala besar itu dilihat berpotensi bagi membawa sekaligus memartabatkan industri muzik tanah air. Menurut Noh Salleh, Vokalis Kumpulan Hujan menyifatkan kehadiran peminat membanjiri stadium untuk menyaksikan bukan sahaja mereka mengadakan persembahan, tetapi tiga kumpulan lain, sebagai satu penghormatan untuk mereka mengumpul peminat baharu walaupun berbeza genre.

Tambahnya lagi, sebagai peminat muzik mereka merasakan sambutan peminat kali ini lebih luar biasa walaupun diadakan di stadium yang lebih kecil, namun peminat tidak berputus asa untuk datang memberikan sokongan. Hujan yang diasaskan pada tahun 2005 merupakan kumpulan muzik rock indie alternatif yang telah menghasilkan lebih 6 buah album studio. Menyampaikan 9 buah lagu popular semasa konsert, antaranya Obsesi, Mencari Konklusi, Dugaanya, Perindu Kalbu, Jiwa Kelajuan, Ahmoi Chantek, Lonely Soldier Boy, Empayarmu dan Aku Scandal, Konsert Jiwa Kacau yang berakhir sekitar jam 12.30 malam itu menyajikan persembahan penuh bertenaga dari 4 kumpulan muzik popular.

Insomniacks yang dianggotai oleh 4 orang anak muda menyampaikan 6 buah lagu antaranya Langar, Here Again, Igauan Malam, Reminisensi, Sempurna dan Pulang. Manakala Bunkface memukau halwa telinga pendengar muzik menerusi 8 seleksi lagu terbaik mereka. Bunk Anthem, Malam Ini Kita Punya, Ekstravaganza, Rentak Laguku, Darah Muda, Panik, Situasi dan Revolusi merupakan antara lagu dendangan Sam Bunkface sehingga membuatkan rata-rata peminat tidak berganjak malahan teruja menyaksikan betapa lincaknya Sam beraksi di pentas. 
Kegilaan penonton masih lagi tidak berganjak, apabila kelibat Masdo mula kelihatan. Dengan imej 60-an menerusi gaya rambut persis Kumpulan The Beatles, Masdo mengajak penonton relaks seketika menerusi 8 buah lagu dendangan mereka. Janji Manis, Miss Flower, Teruna Dara, Inilah Jalannya, Dinda, Bunga, MPRNR, Bercanda Di Malam Indah antara lagu yang dipersembahkan Masdo, membuktikan walaupun berlainan genre, namun sambutan peminat pada Konsert Jiwa Kacau 2023 sebaliknya.

Amy Ikram by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan