KONSERT KASIH PENGASIH 2023 DITUNDA KEPADA 22 JULAI 2023

Dijadualkan berlangsung 1 Julai 2023, Konsert Kasih Pengasih 2023 ditunda kepada 22 Julai 2023. Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengasih Malaysia melalui Mewah Event Management pada 9 Jun yang lalu, Konsert Kasih Pengasih 2023 yang menampilkan 4 kumpulan muzik popular seperti Iklim, Amir Ukays, Zamani dan Ameng Spring itu tetap akan dijalankan tetapi ditunda berikutan tarikh 1 Julai 2023 adalah hari ketiga Hari Raya Aidil Adha. 

Bagi anda yang sudah membeli tiket, tidak perlu risau memandangkan hanya tarikh bertukar dan konsert akan dijalankan pada 22 Julai 2023 di Auditorium Makmur, RTM Pahang.

Pihak Pengasih memohon maaf di atas perkara tersebut. 

Untuk berita sebelum ini, sila klik di sini


Amy Ikram by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan