KONSERT SLAM NURKASIH BAWA PERUBAHAN

Walaupun berbaki hanya sebulan lagi, namun persiapan bagi Konsert Slam Nurkasih semakin menghitung harinya. Penganjuran konsert yang menggabungkan Zamani selaku vokalis, Shah (gitaris), Eddie (keyboard), Lili (bes) dan Man (dram)  dilihat berpotensi besar bagi mengembalikan ingatan peminat terhadap kemuncak populariti Slam sekitar tahun 1995 hingga 1999. 

Nurkasih, Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Kembali Merindu, Tak Mungkin Berpaling, Rindiani serta puluhan lagu hits malar segar yang telah dihasilkan oleh kumpulan Slam bakal dipersembahkan bersama 18 hingga 20 buah lagu. Dijadualkan berlangsung pada 6 Ogos 2023 di Zepp Kuala Lumpur, Konsert Slam Nurkasih merupakan konsert terbaharu Slam selepas tiga dekad mengemudi industri hiburan dan muzik tanah air. 

Melihat sokongan padu peminat yang tidak berbelah bagi menyokong Slam dari awal pembabitan hinggalah kini, AV Group & WMD Event mengajak peminat untuk sama-sama bertemu mesra secara dekat bersama Slam dengan membeli tiket. Pembeli bertuah berpeluang memenangi sebuah gitar dan ia termasuk  untuk semua kategori tiket. Sebanyak Empat buah gitar iaitu dua  buah gitar eletrik dan dua  buah gitar akustik untuk di menangi, di mana PBH Music Sdn Bhd menjadi penaja utama hadiah tersebut.


Menurut 
Shah Nizam Abdul Halim, Pengasas dan gitaris utama Slam menyifatkan konsert yang bakal berlangsung 6 Ogos depan bakal menyajikan persembahan eksklusif yang mempunyai banyak perubahan yang tidak dijangka peminat dan penonton. 

"Untuk konsert ini, kita memang ada perancangan untuk mempersembahkan sesuatu yang menarik. Tentunya ada kelainan dari persembahan kami sebelum ini. Peminat yang hadir pasti tidak akan kecewa, kerana kita akan menampilkan suatu yang istimewa dan pastinya anda akan puas.

Dari segi susunan muzik, memang akan ada perbezaannya. Bagi lagu bergenre balada, kami tidak boleh membuat perubahan yang begitu besar kerana boleh mencacatkan susunannya. 


"Pada masa berbaki ini, kami akan membuat persiapan walaupun masih terlalu awal namun kami percaya pada malam itu anda semua akan terhibur," katanya pada sidang media Konsert Slam Nurkasih di sebuah hotel di ibu negara, baru-baru ini.

Menawarkan tiket serendah RM198, Konsert Slam Nurkasih sudah mula dijual  tiketnya. Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan konsert ini, sila klik pautan di sini

Amy Ikram by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan