ONE MILLION DOLLAR VOICE SINGKAP KISAH SEBENAR REALITI TV?

 

Pernahkah kita terfikir apa yang sebenarnya terjadi di belakang tabir ketika sebuah rancangan realiti TV itu dijalankan? Inilah jawapannya, kerana buat julung kalinya, Astro memaparkan sebuah drama di sebalik tabir pembikinan pertandingan realiti nyanyian. Dengan pengalaman berdekad lama dalam menerbitkan rancangan-rancangan realiti nyanyian popular, Astro kini menyingkap kisah-kisah yang berlaku disebalik pembikinannya. Menerusi siri fiksyen yang diilhamkan oleh kisah-kisah benar, ‘One Million Dollar Voice’ bakal mengundang pelbagai reaksi dan pertanyaan di kalangan para penonton dan peminat drama.


‘One Million Dollar Voice’ mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton. Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun. Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.


Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis. Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut. Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya. Begitulah kisah-kisah yang bakal menyulami naratif ‘One Million Dollar Voice’ kelak.


Pada pendapat kami, One Million Dollar Voice ini adalah sebuah drama yang segar kerana ianya lari dari konsep drama percintaan yang biasanya ditayangkan di slot berkenaan. Emma pula membawa watak seorang penerbit yang tegas dan kuat. berbeza dengan watak-watak yang pernah dipegang sebelum ini. Lah Ahmad juga berjaya mencuri hati penonton dengan kelunakkan suaranya dan juga lakonan beliau yang agak baik. Ben Amir dan Amelia Henderson pula mengatakan cabaran buat mereka kali ini ialah mereka berdua bukan penyanyi namun diberi tanggungjawab untuk menyanyikan sendiri lagu-lagu di dalam drama ini. 



Raqim Ahmad selaku Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro berkata “Kisah ‘One Million Dollar Voice’ bagaikan manifestasi rancangan-rancangan realiti nyanyian yang Astro terbitkan dalam suasana fiksyen. Tidak dapatkan dinafikan Astro sinonim dengan rancangan-rancangan realiti nyanyian sejak penubuhannya. Mengambil kesempatan serta insider knowledge yang ada, kami terilham untuk menerbitkan sebuah drama rantaian yang menyingkap kisah di belakang tabir sebuah rancangan realiti nyanyian. Ternyata ini merupakan satu advantage untuk kami mencipta semula sebuah rancangan realiti secara fiksyen untuk dijadikan tontonan para penonton."





One Million Dollar Voice’ membariskan nama-nama hebat and popular dunia hiburan Malaysia termasuk Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella serta nama-nama baharu seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Layla Sania dan ramai lagi. Drama yang bakal menggegarkan industri hiburan ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden.


‘One Million Dollar Voice’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.


Kredit Gambar : Astro 

Catat Ulasan

0 Ulasan