GABUNGAN 5 PENGGIAT INDUSTRI NASYID, KONSERT 5 RUKUN GEGAR ZEPP KUALA LUMPUR

Walaupun berbaki cuma tinggal 5 hari sahaja lagi, namun debaran untuk menyaksikan konsert 5 Rukun tetap menjadi pilihan bagi penggemar muzik berunsur kerohanian dalam industri hiburan dan muzik tanah air. 

'5 Rukun' yang menjadi teras dalam pegangan agama islam ini diterjemahkan melalui konsert gabungan lima penggiat industri nasyid tempatan, antaranya Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestiqa dan Daqmie. Samirah Hambali, yang merupakan penganjur konsert berkenaan menyifatkan '5 Rukun' yang bakal berlangsung 15 September ini merupakan persembahan khas yang memberi justikasi mengenai perpaduan masyarakat islam melalui dakwah kecil bagi menyampaikan mesej islam dalam bentuk hiburan.

"Alhamdulillah, akhirnya kita berjaya untuk menggabungkan Daqmie bersama Rabbani, Hijjaz, Inteam dan Mestiqa dalam satu persembahan. Ini merupakan Konsert 5 Rukun yang membawakan lima geng Sahabat Selamanya yang merupakan projek khas Daqmie dalam industri nasyid tanah air. 

"Dengan mengambil pendekatan kearah lima rukun islam yang menjadi teras kepada amanat dan  perjuangan geng Sahabat Selamanya, kami percaya konsert ini akan memberikan pengalaman menarik dan unik yang tentunya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton dan masyarakat seluruhnya', kata Samirah ketika bercakap kepada media semasa pelancaran dan pengumuman konsert 5 Rukun baru-baru ini. 

Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 September 2023 bermula jam 8.30 malam itu akan diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) yang dibawakan khas oleh Istana Budaya di mana ia akan dipimpin oleh Pengarah Muzik terkenal, Yazid Zakaria. Tiket-tiket berharga RM109 (Bronze), RM161 (Silver), RM213 (Gold) dan RM265 (Platinum) masih boleh dibeli di laman ticket2u

Menariknya, konsert ini adalah rentetan daripada penerbitan album Sahabat Selamanya dan ia terbahagi kepada lima segmen dengan pemilihan lagu-lagu popular mereka sepanjang penglibatan dalam industri muzik tanah air. 


Catat Ulasan

0 Ulasan