GV ALL STARS: BILA DUA RATU BERTEMU

Ketika nama Ziana Zain diumumkan sebagai pasangan duet buat penyanyi Liza Hanim bagi Minggu Keempat Gegar Vaganza All Stars yang dijadualkan berlangsung 15 Oktober depan, Auditorium MBSA Shah Alam bagaikan terasa gegarannya kerana Ratu Balada terkenal itu bakal beraksi buat pertama kalinya selepas 10 musim program hiburan itu berlangsung. 

Ziana atau Siti Roziana Zain, 55, bakal menyampaikan lagu bertajuk Madah Berhelah bersama Liza Hanim di mana minggu keempat GV All Stars itu akan menyaksikan 28 penyanyi terkenal tanah air digabungkan. 

Dato' Jamal Abdillah, Dato' M. Nasir, Misha Omar, Liza Aziz, Amir Masdi, Marsha Milan, dan Vince adalah antara senarai penyanyi yang bakal beraksi bersama 14 bintang GV bagi minggu keempat. 

Ketika bercakap kepada media, Haliza Hanim binti Abdul Halim, 43, atau Liza Hanim menganggap malam 15 Oktober depan sebagai malam penuh makna dalam kariernya sebagai penyanyi kerana Ziana Zain bersetuju menjadi pasangan duetnya. Tidak sukar untuk mendapat persetujuannya, Liza menganggap ia sebagai satu rezeki malahan teruja apabila mereka berdua berkongsi pentas pada minggu keempat nanti.

Gegar Vaganza All Stars Minggu ketiga yang berakhir pada malam tadi menyaksikan tiada penyingkiran diumumkan dan bermakna pada minggu hadapan, penonton akan disajikan dengan persembahan 28 bintang terkenal tanah air.

Di antara senarai lagu dan bintang yang akan membuat persembahan pada minggu keempat nanti adalah:-

1. Zamani & Dato' Jamal Abdillah - Aku Penghibur (Jamal Abdillah)

2. Ayai & Dato' M.Nasir - Raikan Cinta (M.Nasir)

3. Liza Hanim & Ziana Zain - Madah Berhelah (Ziana Zain)

4. Ezad Lazim & Mamat Exists - Untukmu Ibu (Exists)

5. Siti Nordiana & Amir Masdi - Ada Apa Dengan Cinta (Melly Goeslaw & Eric)

6. Hady Mirza & Marsha Milan - Tentang Rahsia (Judika & Shila Hamzah)

7. Naqiu & Misha Omar - Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari)

8. Jaclyn Victor & Idayu AF - Dialah Di Hati ( Dato' Sri Siti Nurhaliza)

9. Noryn Aziz & Liza Aziz - I'm Every Woman (Chakra Khan)

10. Dato' Aishah & Vince - Terlanjur Cinta (Dato' Rossa & Pasha Ungu)

11. Azharina Azhar & Azmi Saat - Pupus (Dewa 19)

12. Aliff Aziz & Aisyah Aziz - If I Ain't Got You (Alicia Keys)

13. Tomok & Stacy - Menggegar Dunia (Adam & Stacy)

14. Nikki Palikat & Wani Kayrie - Tak Tercapai Akalmu (Elyana)

Catat Ulasan

0 Ulasan