LIZA HANIM DIRAMALKAN BAKAL KE FINAL GEGAR VAGANZA ALL STARS?

Walaupun baru memasuki musim kedua bagi Gegar Vaganza All Stars, penyanyi Liza Hanim dikatakan bakal memecah tembok tradisi ke Final memandangkan beliau tersenarai sebagai lima yang terbaik ketika persembahan yang berlangsung malam tadi. Liza Hanim menduduki tangga keempat dengan 73% bersama-sama Datuk Aishah (69.50%), Azharina (74.50%), Jaclyn Victor (75.50%), dan Hady Mirza (79%).

Liza yang membawakan lagu Setelah Aku Kau Miliki nyanyian asal Shima telah memukau penonton menerusi penghayatan dan alunan vokal emasnya yang begitu menyusuk kalbu. Ketika berkongsi kepada media, Liza agak gementar memandangkan lagu yang dibawa minggu ini agak tinggi note muziknya malahan penulis merasakan inilah persembahan seorang 'Diva' dalam industri muzik tanah air. Berikan sahaja apa jua lagu kepadanya, pasti tidak akan mengecewakan. 

Pernah dinobatkan sebagai Naib Juara Golden Teen Search terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1996, Liza Hanim yang juga merupakan finalis Gegar Vaganza musim kelima ini bakal mengadakan konsert solonya tidak lama lagi. Selain Liza, Datuk Aishah, Azharina, Jaclyn Victor dan Hady Mirza; Noryn Aziz, Nikki Palikat, Naqiu, Siti Nordiana, Ayai Ilusi, Tomok, Zamani, Aliff Aziz, Ezad Lazim, Suki Low dan Cliff Umar merupakan antara bintang GV yang membuat persembahan minggu ini dan malam tadi menyaksikan Suki Low dan Cliff Umar tersingkir pada Minggu Kedua. 

untuk menonton temu bual ringkas Liza Hanim di GV10 pada musim kedua, klik gambar di bawah:-


CARTA KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 10 / ALL STARS GEGAR VAGANZA MINGGU KEDUA

  1. Hady Mirza (How Am I Supposed To Live Without You) - 79.00%
  2. Jaclyn Victor (Sepi Sekuntum Mawar Merah) - 75.50%
  3. Azharina Azhar (Ayah) - 74.50%
  4. Liza Hanim (Setelah Aku Kau Miliki) - 73.00%
  5. Datuk Aishah (Flashdance What A Feeling) - 69.50%
  6. Noryn Aziz (Akhirnya Kini Pasti) - 69.25%
  7. Nikki Palikat (Bersama Akhirnya) - 68.50%
  8. Naqiu (Setahun Sudah Berlalu) - 66.75%
  9. Siti Nordiana (Sepi) - 66.50%
  10. Ayai Ilusi (Bunga Pujaan) - 66.25%
  11. Tomok (Malam) - 65.75%
  12. Zamani (Sambutlah Kasih) - 65.50%
  13. Aliff Aziz (Sampai Mati) - 65.25%
  14. Ezad Lazim (Potret) - 60.50%
  15. Suki Low (Tak Ingin Usai) - 56.25%
  16. Cliff Umar (Laskar Cinta) - 53.25%

Pada musim baharu ini, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS, dan Hetty Koes Endang masih dipilih Astro sebagai juri tetap dan pengkritik mingguan bagi edisi istimewa yang disiarkan secara langsung setiap hari Ahad pukul 9.00 malam di saluran Astro Ria. Selain itu, GV10 ini juga boleh dinikmati secara dalam talian (online) menerusi perkhidmatan penstriman iaitu menerusi aplikasi Astro Go dan Sooka, serta platform On Demand menerusi Astro Box. 

Catat Ulasan

0 Ulasan