TAMPILKAN HRITHIK ROSHAN, STARS ON FIRE BAKAL BUAT PENONTON TAK SENANG DUDUK?


 Hrithik Roslan kembali ke Malaysia!.

Pemenang enam kali Filmfare Awards, menjadi salah seorang aktor dengan bayaran termahal di dalam arena perfileman India dan sangat terkenal kerana skil tarian yang mengkagumkan. Berita kehadiran figura bernama Hrithik Roshan ke Malaysia adalah sebuah khabar ‘emas’ buat para peminatnya.


Hadirnya Hrithik Roshan selepas lapan tahun bukan sebuah bualan kosong sebaliknya penganjur, Yess Boss Groups merealisasikan impian tersebut apabila mengumumkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023. Bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Konsert terbesar yang menampilkan bintang legenda Bollywood, Hithrik Roshan itu dilihat sebagai sebuah persembahan penuh mega yang sesuai dengan status ‘sosok mega’ bintang berusia 49 tahun tersebut.


Persembahan yang menyaksikan juga kolaborasi Hithrik bersama Maestro Tarian legenda Prabhu Deva, Diva Tarian Vaani Kapoor, Maliaka Arora  dan Sanya Malhotra ini bakal membuatkan peminat dan penonton resah. Namun, kemunculan The Singing Sensation Aastha Gill dan  Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh juga akan meninggalkan kenangan manis yang berharga.


Bakal singgah di Malaysia menerusi siri Stars on Fire Tour menerusi produksi Yess Boss Groups, Hrithik buat kesekian kalinya tidak akan mengecewakan peminat. Konsert ini juga merupakan kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions. 


Bintang yang terkenal dengan filem Kaho Na Pyar Hai itu akan menampilkan konsert yang dianggap bersejarah di mana ia akan diiringi barisan penari hebat dan tentunya koreografi tarian mereka sangat ditunggu selain persembahan pentas yang penuh kemeriahan.


“Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh dengan keterujaan.



“Ini akan menjadi tanda aras buat kami yang diberi kepercayaan oleh Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat melihat Hrithik kembali mempersona dengan skil tarian dan penampilan memukau.


“Apa lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu para peminat yang sentiasa menyambut hangat bukan hanya kerja seni tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu.


“Menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert, peminat akan menyaksikan sebuah lagi persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani oleh Prahbu Deva sekaligus menjadikan konsert ini sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan, Pengarah Urusan Yess Boss Groups.


Penganjur juga menyifatkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang serta bukti pengaruh seni Bollywood tidak pernah mati.


“Dalam lambakan muzik atau pelbagai genre konsert yang berjaya dilangsungkan sepanjang tahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi bukti dan tanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.


“Ramai peminat yang dahagakan penampilan bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia.




“Jangan sampai terlepas membeli tiket dan pastikan temujanji anda bersama Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan.


Seperti Hrithik tidak sabar bertemu peminatnya di Malaysia, diharap anda tidak akan melepaskan peluang emas ini dengan membeli tiket yang sudah mula dijual mulai 19 Oktober 2023, Khamis jam 11.59 pagi. 


Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari https://yessbossticket.com/event/stars-on-fire-tour/ atau hubungi talian hotline 011-11546805.


Catat Ulasan

0 Ulasan