MENGHITUNG HARI SEHINGGA "HARI BESAR" EXISTS X ORKESTRA

 

kredit gmbr asal : maestromedia.my

kredit gambar : Sheila Kyuchang

Berbaki lebih kurang 3 minggu lagi, kumpulan rock lagenda EXISTS akan mengadakan konsert bersama Orkestra DBKL di MEGA STAR ARENA, Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023. Persiapan demi persiapan dilakukan untuk menjadikan malam konsert nanti sesuatu kenangan yang tidak akan dilupakan oleh peminat mereka. 

EXISTS yang dibarisi Musa, Along, Ajai, Ujang, Ezad Lazim dan juga Mamat untuk konsert EXISTS X Orkestra ini menyifatkan mengadakan sebuah konsert yang diiringi barisan pemuzik Orkestra dibawah pimpinan Encik Isa ini adalah sebuah impian yang diimpikan setelah berada selama 32 tahun di dalam industri muzik tanahair. Walaupun ini adalah kali pertama Exists melakukan Konsert berskala besar diiringi pemuzik Orkestra, Ujang berharap ini adalah satu permulaan yang baik untuk karier senia mereka dan mengharapkan ini bukan kali pertama untuk Exists malah akan mendapat peluang lebih besar dan banyak lagi selepas ini. 

kredit gambar : Sheila Kyuchang

Bakal menyampaikan lebih kurang 25 buah lagu antaranya Rahsia Pohon Cemara, Jesnita, Janji Padamu, Alasanmu dan banyak lagi, Mamat berkata untuk dirinya sahaja akan menyampaikan lebih kurang 11 lagu-lagu hits Exists pada malam tersebut. Walaupun, menghadapi kesukaran berulang dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur, namun Mamat tetap komited untuk hadirkan diri dan membuat latihan bersama kumpulan Exists. Kata Mamat, Beliau akan terus menetap di Kuala Lumpur sehingga hari kejadian untuk memudahkan proses latihan dan juga untuk perkara-perkara berkaitan promosi. 

kredit gambar : Sheila Kyuchang

Mengharapkan peminat yang hadir nanti akan menyanyi dan berhibur sambil mengimbau kenangan  bersama mereka. Apabila ditanya tentang espektasi penonton yang hadir, Ajai menyatakan peminat dan penonton akan disajikan oleh bunyi yang mewah dari kumpulan Exists, Hampir kesemua lagu-lagu hit mereka juga akan digubah semula sesuai dengan paduan muzik orkestra. 

kredit gambar : Sheila Kyuchang

Menurut Encik Isa, selaku Konduktor yang akan menyelaraskan pemuzik Orkestra nanti, seramai 30 pemuzik yang mana 20 antara mereka adalah terdiri daripada pemuzik berasaskan tali (strings) dan selebihnya adalah yang melibatkan percussions dan horns. sewaktu kami tiba menyaksikan sesi latihan bersama Orkestra itu, Mereka tampak bersedia dan selesa dengan gubahan yang telah diberikan sendiri oleh kumpulan Exists. 



Selain daripada konsert di Mega Star Arena Kuala Lumpur, ada dua buah konsert lagi yang akan diadakan oleh kumpulan Exists iaitu di Singapura dan juga di Borneo, Namun di konsert itu nanti Mamat tidak dapat melibatkan diri jadi peminat yang mahu menyaksikan Mamat menyanyikan lagu-lagu Exists boleh datang beramai-ramai di Mega Star Arena Kuala Lumpur 22 Disember 2023 ini. 


Bagi yang mahu melihat bagaimana mereka membuat persembahan gabungan Kumpulan Orkestra DBKL masih belum terlewat untuk membeli tiket di laman sesawang mytiket.asia. Untuk Konsert Exists X Orkestra, tiket dijual pada harga Tiket-tiket berharga bermula RM 568, RM 468, RM 368, RM 268 dan RM 168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang www.MyTicket.Asia .

Kredit gambar : Sheila Kyuchang 






















Catat Ulasan

0 Ulasan