SEMI FINAL ALL STARS GV, TOMOK, NIKKI & NAQIU UNGGULI CARTA TERATAS!

Debaran malam akhir kian terasa, apatah lagi minggu ini menyaksikan tiada penyingkiran diumumkan pada minggu separuh akhir konsert All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad. Ini sekaligus menyaksikan kesemua lapan bintang bakal berentap bagi merebut 'siapakah juara' di pentas akhir ASGV yang bakal berlangsung 10 Disember ini.

Liza Hanim, Jaclyn Victor, Nikki Palikat dan Hady Mirza dikatakan bakal juara manakala Siti Nordiana, Naqiu, Tomok dan Azharina adalah saingan terdekat di mana kelapan-lapan bintang yang menyertai pentas akhir All Stars Gegar Vaganza ini bukan calang-calang penyanyi. Berikan sahaja apa jua lagu kepada mereka, pasti berjaya dipersembahkan dengan baik.

Siti Nordiana yang dikatakan bakal tercicir minggu ini terselamat walaupun memperolehi markah 61.50 peratus, mengatasi Azharina yang berada di kedudukan paling selamat walaupun sekadar memperolehi markah 65.25 peratus. 

Penyanyi Tomok yang menyampaikan dua buah lagu pada minggu ke-11 menerusi lagu C.I.N.T.A dan Bahalol yang pernah dipopularkan Kumpulan Rock Legenda XPDC berjaya merampas kedudukan ditempat pertama dengan markah 80.00 peratus, manakala Nikki Palikat memperolehi markah 79.50 peratus dan Naqiu 72.50 peratus. Ini menjadikan mereka berada di kedudukan paling teratas mingggu ini. 

Jaclyn Victor dan Liza Hanim berada di kedudukan paling stabil walaupun masing-masing memperolehi markah 69.00 peratus (Jac) dan 67.75 peratus (Liza Hanim). 

Pentas Akhir All Stars Gegar Vaganza yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 10 Disember ini bakal menampilkan Dato' Jamal Abdillah, Dato' Zainal Abidin, Cakra Khan, Armand Maulana, Ifan Seventeen, Aina Abdul, Dayang Nurfaizah dan Datuk Ramli Sarip secara duet bersama Bintang Akhir ASGV. 

Bakal dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse,  All Stars Gegar Vaganza Akhir itu juga akan menampilkan Dato' Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan penampilan Ratu Rock Negara, Ella sebagai juri tetap dan juri jemputan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan