BINTANG KOREA POPULAR CHA EUN WOO BUAT PEMINAT CAIR


"Terbuai..." itulah kata-kata yang boleh diungkap apabila anda menyaksikan persembahan-persembahan dari konsert Just One 10 Minute (Mystery Elevator) bintang terkenal Korea Selatan Cha Eun Woo pada 24 Februari 2024 yang lalu. Cha Eun Woo, atau nama sebenarnya Lee Dong Min, 26 tahun menjadi membuatkan peminat-peminat di Malaysia bagaikan diserang histeria. 

Susuk tubuh Cha Eun Woo dapat dilihat secara Live di Stadium Malawati dan peminat-peminat nya terpukau dengan alunan dan tarian yang dipersembahkan. Ada peminat yang sudah tiba di stadium Malawati seawal 9pagi. Di sana, terdapat juga reruai dari produk-produk yang menampilkan Cha Eun Woo sebagai Duta. Ini pula adalah antara projek bersama Viu Malaysia bersama Fantagio dan penaja utama "fan concert" ini pula adalah Cornetto. 

Credit gambar : Viu Malaysia

Kami antara yang bertuah kerana dapat bersama-sama Cha Eun Woo ketika beliau menjalani sesi latihan nyanyian pada jam 5 petang. Kemudian, kami boleh berlegar-legar di sekitar stadium sementara menanti konsert bermula pada jam 8 malam. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Cha Eun Woo atau lebih mesra digelar Euno oleh peminat beliau adalah 10 minutes, F*cking Great Time, Stay, First Love, Jealousy dan banyak lagi. Cha Eun Woo juga sempat menyanyi dua buah lagu lagi dalam persembahan 'encore' nya iaitu lagu You're the Best dan Love So Fine yang merupakan runut bunyi untuk drama popular "True Beauty". 

kredit gambar : Viu Malaysia

Yang membuatkan Cha Eun Woo diminati ramai bukan sahaja dikalangan gadis-gadis malah, wanita yang bekerjaya adalah selain daripada menjadi seorang penyanyi dan salah seorang ahli kumpulan Astro, pernah menjadi pengacara rancangan hiburan mingguan di Korea Cha Eun Woo juga merupakan seorang pelakon Kdrama dan juga Filem yang terkenal. Antara drama lakonannya adalah, Gangnam Beauty, True Beauty, a good day to be a Dog dan banyak lagi. Untuk filem pula, Cha Eun Woo telah melebarkan sayap menerusi filem Decibel sebagai Jeon Tae Ryong.

kredit gambar : Viu Malaysia 

Diharap selepas ini, Cha Eun Woo akan terus mewarnai industri dan juga datang semula ke Malaysia untuk membuat persembahan kerana beliau juga berjanji untuk datang semula ke Malaysia kelak. Dan sememangnya peminat Cha Eun Woo tidak akan melepaskan peluang untuk bertemu dengan beliau lagi.  
 
kredit gambar : Viu Malaysia

Catat Ulasan

0 Ulasan