'A MOTHER'S TOUCH' RAIKAN PENGORBANAN IBU

Sempena sambutan Hari Ibu, Yayasan Jepun Kuala Lumpur bersama Media Prima Berhad (Media Prima) dan Golden Screen Cinemas (GSC) telah mengadakan tayangan khas filem 'A Mother's Touch'. 

Diadaptasikan daripada kisah benar, 'A Mother's Touch' merungkai perjalanan kisah hidup Fukushima Satoshi, seorang profesor universiti yang buta dan pekak pertama di dunia, yang hidup bersama ibu yang sentiasa menyokongnya.

Naratif filem ini menggarapkan nilai kasih sayang seorang ibu dan semangat tinggi seorang lelaki yang kehilangan daya penglihatan dan pendengaran pada usia muda. 

Di tengah-tengah cabaran hidup, penemuannya tentang teknik 'finger Braille' membuka satu harapan baharu dalam dunia komunikasi, terutama kepada golongan itu.

klik poster untuk menonton trailer penuh

Penerbit filem Yuki Takafumi dan penulis skrip, Yokomaku Tomohiro turut tampil ketika sesi tayangan filem tersebut bagi berkongsi lebih mendalam mengenai filem berkenaan. 

Ketika soal jawab bersama media di GSC Mid Valley Kuala Lumpur pada pagi Sabtu, penerbit filem tersebut, Yuki Takafumi bersama penulis skripnya berkata, sebagai pembikin filem mereka sangat teruja apabila filem tulisannya ini dapat ditayangkan buat peminat filem dan penonton di Malaysia menerusi saluran Tonton mulai 12 Mei 2024. 

Turut hadir memeriahkan acara tersebut adalah beberapa penggiat filem tempatan antaranya Dato' Kamil Othman, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). 

sumber: XTRA 

Catat Ulasan

0 Ulasan