THSS: AYDA JEBAT UNGGULI MINGGU PERTAMA

Kreativiti dan kesungguhan peserta The Hardest Singing Show (THSS), Ayda Jebat untuk minggu pertama membuahkan hasil apabila dia diumumkan sebagai juara mingguan bagi program tersebut. 

Ayda menduduki tangga pertama dengan penuh bergaya apabila memperolehi markah 95.24 peratus daripada barisan juri tetap. Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.

Mengikuti rapat kedudukan Ayda untuk minggu pertama adalah Aepul Roza dan Aisha Retno masing-masing dengan markah sebanyak RM90.34 peratus dan 84.17 peratus. 

Sementara itu, Kaka Azraff hampir menjadi peserta pertama disingkirkan apabila mendapat jumlah markah tercorot iaitu 58.05 peratus.

Namun Kaka boleh menarik nafas lega apabila kesemua peserta diumumkan akan Level Up Satu Minggu (L.U.S.M) atau bermakna tiada sebarang penyingkiran yang akan berlaku.

Kaka berada di tangga dua terbawah bersama vokalis Kumpulan Madam, Putera Muhammad. 

Untuk minggu kedua, kesemua peserta dicabar dengan tema Revolusihat yang memerlukan setiap peserta membuat persembahan menggunakan alat kecergasan diri. Berikut merupakan senarai lagu untuk minggu kedua THSS:-

Tema Minggu 2: Revolu-sihat

  • Ayda Jebat - I'm sexy And I'm Know It
  • Aepul Roza - Nakal
  • Aisha Retno - New York, New York
  • Zizi Kirana - Perang dah Tamat
  • DeFam - Tamparan Wanita
  • Datin Alyah - I'm The Best
  • Stacy - Wannabe
  • Putera Muhammad - Test Drive
  • Kaka Azraff - Standing In The Eyes Of The World

Peserta yang berjaya mara ke pusingan seterusnya akan diadili oleh tiga juri tetap iaitu Zizan Razak, Dato' Sri Rossa dan komposer terkemuka Edry Abdul Halim.

Program tersebut diacarakan secara langsung oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad selama 10 minggu bermula 12 Mei 2024 di Pusat Konvensyem CIDB Cheras.

'The Hardest Singing Show' sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.

Program ini berteraskan konsep 'Kreativiti Luar Limitasi', dan bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.

Sumber : Astro Awani

Catat Ulasan

0 Ulasan