Adriana Ghafar, personaliti Malaysia yang semakin dikenali dan naib juara pencarian Dewi Remaja 2019 telah melancarkan koleksi puisi sulungnya ditunggu-tunggu, "Everything In Between," hari ini. Berlangsung di The Grey Box, Kuala Lumpur, acara itu menarik tetamu yang terdiri daripada penggiat sastera, peminat dan rakan-rakan serta ahli keluarga Adriana.
Visi Adriana untuk mendekmorasikan puisi menjadi tema utama acara tersebut. Ketika ditemui media sejurus selepas pelancaran puisi tersebut, bekas Naib Juara Dewi Remaja 2018 itu menganggap penglibatannya dalam arena penulisan puisi adalah kerana minatnya dalam bidang penulisan disamping menangkis tanggapan masyarakat bahawa bidang puisi bukan hanya untuk golongan elit tetapi ia merangkumi kepelbagaian masyarakat di dunia.
"Puisi bukan milik golongan elit atau ahli akademik sahaja, tetapi ia boleh dinikmati oleh semua orang. Puisi saya ialah karya yang dekat dengan semua lapisan masyarakat, berupaya menyentuh hati dan mengingatkan mereka bahawa kisah mereka adalah bermakna dan emosi di sebaliknya perlu dikongsi.
"Everything in Between, sebuah gabungan puisi bahasa Melayu dan Inggeris yang digarap dalam tempoh 12 tahun, menyelitkan tema sejagat cinta, keluarga, penolakan dan kecekalan. Karya ini mengandungi mesej khusus untuk golongan wanita dan anak muda yang mencari ketenangan jiwa, inspirasi dan kekuatan dalam mendepani cabaran hidup. Sebagai pejuang tegar hak-hak wanita, puisi-puisi Adriana juga mengangkat tema kesaksamaan gender dan pendayaupayaan wanita.
"Sejak dahulu lagi, saya sentiasa yakin dengan kuasa perkataan untuk menyembuh, menginspirasi dan menyatukan kita. Koleksi ini mencerminkan perjalanan peribadi hidup saya yang bukannya indah dan bahagia sepanjang masa, tetapi juga dipenuhi liku-liku dan cabaran. Saya terharu dengan sambutan positif yang diberikan dan berharap puisi saya diterima pembaca sekaligus menggalakkan mereka untuk mencari hikmah yang tersirat dalam pengalaman hidup mereka sendiri," kata Adriana.
Kerjasama dengan Women Of Will
Satu perkara penting yang mencuri perhatian ramai pada acara itu ialah kerjasama Adriana dengan Women Of Will, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan berasaskan keuntungan yang melaksanakan inisiatif pemerkasaan usahawan wanita dalam komuniti berpendapatan rendah. Adriana memberikan sumbangan awal sebanyak RM10,000 kepada WOW sebagai tanda komitmen beliau dalam kerjasama tersebut.
"Saya berharap buku saya menyalakan semangat orang ramai terutamanya dalam kalangan golongan terpinggir, untuk menjadikan puisi sebagai wadah penzahiran diri, mencari suara mereka, memperkasakan diri dan berkongsi pengalaman. Kerjasama dengan WOW adalah dekat di hati saya kerana ia sejajar dengan misi saya untuk mendayaupaya dan menyemarakkan semangat wanita melalui puisi, memberikan sokongan yang mereka perlukan untuk menceritakan kisah mereka dan mencipta perubahan yang memberi impak kepada komuniti," tambah Adriana.
Menurut Lakshwin Muruga, Pengarah Eksekutif WOW, "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Adriana, yang berkongsi objektif yang sama dengan kami untuk mendayaupaya waniya. Kami ingin saling menyokong wanita dalam mentransformasi hidup mereka di samping membantu keluarha dan komuniti mereka," katanya.
Pencapaian penting dalam kerjaya Adriana
Pelancaran Everything In Between merupakan merupakan pencapaian penting dalam karier Adriana. Dikenali ramai menerusi program pencarian Dewi Remaja 2019, Adriana memukau penonton dengan keanggunan, kepintaran dan semangatnya yang tersendiri. Sejak itu, beliau terus melangkah terus melangkah jauh dan mengembangkan sayapnya sebagai pengacara, model, pelakon dan pembaca berita. Adriana yang kini membina kerjaya guamannya sebagai pelatih dalam kamar, menyerlahkan sisi terbaharu dirinya sebagai pemuisi dan penulis menerusi karya ini.
Acara pada hari ini merupakan sambutan meriah puisi sebagai karya seni dan menampilkan deklamasi puisi-puisi pilihan oleh Adriana sendiri. Tiga kulit buku edisi terhad juga diperkenalkan dan setiap satu daripadanya memaparkan elemen berbeza dengan kisah yang tersendiri. Sesi menandatangai buku yang berlangsung kemudian memberikan peluang kepada peminat untuk mendekati Adriana bagi membincangkan inspirasi dan cerita di sebalik tabir proses penulisan beliau.
Everything In Between, ditawarkan dalam tiga kulit buku edisi terhad pada harga RM48 dan boleh dibeli menerusi laman web rasmi adthebuku.com.
Tentang Everything In Between
"Everything In Between" merupakan penampilan sulung Adriana Ghafar dalam dunia penulisan. Karya ini mengetengahkan puisi-puisi bahasa Melayu dan Inggeris yang mengangkat tema cinta, keluarga, penolakan dan kecekalan. Bersulamkan mesej pemerkasaan yang jelas, karya ini memberi inspirasi kepada golongan dewasa dan wanita muda agar cekal mengharungi cabaran hidup, dan meniup semangat ke dalam jiwa pembaca untuk mengumpulkan kekuatan dalaman serta mengukuhkan rasa percaya diri. Sebagai pejuang hak wanita yang tegar, puisi Adriana juga mengangkat aspirasi kolektif bertemakan kesetaraan dan keadilan serta memartabatkan maruah dan kesaksamaan untuk semua.
"Everything in Between" bukan sekadar rampaian puisi biasa-biasa. Ia sebuah naskhah yang menyeru kepada keadilan sosial dan pendayaupayaan, serta meraikan semangat dan jiwa manusia.
0 Ulasan