EMOSI ISTRUMENTASI VERSI AISHA RETNO MENJADI

 


Bernyanyi dengan emosi sambil bermain alat muzik. EMOSI INSTRUMENTASI merupakan tema untuk peserta -peserta The Hardest Singing Show pada minggu ke 6 ini. Aisha Retno berjaya mengembalikan kejuaraan untuk minggu Emosi Instrumentasi ini. Dan untuk minggu ini, sekali lagi ada juri jemputan yang dijemput Khas untuk memberi komen bernas selain dari Juri tetap mingguan kita iaitu Edry Abdul Halim, Dato' Seri Rossa & Zizan. 

Rancangan mingguan yang semakin mendebarkan dan mendapat tempat di hati penonton ini dibuka dengan persembahan bertemakan Emosi Instrumentasi oleh Rina Nose dan Nabil Ahmad. Rancangan ini diserikan lagi dengan persembahan pembukaan dari Dato' M.Nasir dengan lagu Mustika. Dato' M.Nasir ditemani Datuk Ramli MS yang turut dijemput membuat persembahan dan sekali gus diumumkan sebagai Juri Jemputan untuk minggu tersebut. 


Dato' M. Nasir hadir ke The Hardest Singing Show untuk mempromosikan Konsert 45 tahun beliau yang dinamakan "Cipta". Konsert Cipta ini akan diadakan pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tiket konsert Cipta ini sudah hampir kehabisan jadi jangan ketinggalan untuk dapatkan tiket anda segera ye.

Berbalik kepada The Hardest Singing Show minggu ke 6 ini, Aisha Retno merangkul gelaran Juara pada minggu ini dengan alunan alat muzik -Keyboard. Lagu tugasan Aisha Retno adalah dari Dato' Seri Siti Nurhaliza berjudul "Kurniaan dalam Samaran". Aisha juga mengundang Eric Fuzi dan Sissy Iman untuk naik ke atas pentas memainkan alat muzik yang berkaitan dengan keyboard. Aisha Retno membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2,000.00 dan sekaligus layak untuk ke minggu hadapan apabila beliau diberi tugasan untuk lagu seterusnya di segmen LUSM.


Aepul Roza yang pertama membuat persembahan dengan tugasan "Gitar Akustik" mendendangkan lagu kumpulan Nidji berjudul Sumpah dan cinta matiku. Walaupun sudah biasa menggunakan alat muzik gitar akustik, Aepul juga mencabar dirinya dengan bermain alat muzik lain iaitu Vibraphone. Persembahan Aepul itu menempatkan dirinya di kedudukan kedua. 

Untuk Markah keseluruhan peserta, Aisha Retno di tempat pertama dengan Markah 81.00%. Tempat kedua diraih oleh Aepul Roza dengan markah keseluruhan sebanyak 75.60% (alat muzik: Gitar Akustik), diikuti oleh Putera Muhammad dengan markah keseluruhan sebanyak 75.32% (alat muzik: Ukulele). Minggu ini juga menyaksikan Stacy sebagai pemenang Anugerah The Hardest Singing Show Alha Alfa buat kali kelima, mengejutkan kesemua para penonton. 



Ayda Jebat mendapat markah sebanyak 70.77%, Stacy mendendangkan lagu Somewhere Only We Know dari kumpulan Keane dengan mengguunakan Alat muzik: Launch Pad dan Stacy mendapat 70.46%. Zizi Kirana terselamat dari penyingkiran apabila menyanyikan lagu Qomarun dari Mustofa Atef tetapi sayangnya Alat muzik Darbuka yang ditugaskan untuk Zizi tidak digunakan sepenuhnya. Minggu ke-6 ini, tiada peserta yang tersingkir kerana Kumpulan Defam menarik diri. 

Jangan lupa saksikan minggu seterusnya di The Hardest Singing Show. Saksikan episod baharu THSS pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

Catat Ulasan

0 Ulasan