LISA KEMBALI DENGAN 'ROCKSTAR'

 




Penyanyi Rap, penari dan ikon fesyen terkemuka dunia Lisa atau nama sebenarnya Pranpriya Manobal, akan kembali dengan single terbaru beliau iaitu "Rockstar" pada hari Khamis 27 Jun 2024.

Lagu terbaru Lisa atau lebih dikenali dengan nama Lalisa ini akan dilancarkan tepat jam 8 malam waktu timur AS dan 5.00 petang waktu pasifik. Ini bermaksud kita di Malaysia akan dapat mendengarkan lagu terbaru Lisa pada jam 8.00 pagi waktu tempatan. 

Lisa dari kumpulan BlackPink, kumpulan wanita yang sangat terkenal bukan sahaja di Korea Selatan, Malah di seluruh Dunia. Oleh itu, setiap gerak geri Lisa ialah sentiasa mendapat perhatian dunia. Sejak muncul dengan single secara solo berjudul Lalisa pada tahun 2021, Lagu-lagu Solo Lisa sentiasa mendapat tempat di hati peminat Muzik. 


Lagu terbarunya berjudul “Rockstar” ini menjadi penanda baharu dalam karier solo Lisa. Untuk Lagu Rockstar ini, Lisa bekerjasama buat pertama kali dengan LLOUD Co. & RCA Records. LLOUD Co adalah syarikat pengurusan yang ditubuhkan sendiri  oleh LISA pada awal tahun ini, yang tujuan utama LLOUD Co. ini ditubuhkan adalah untuk mencipta platform inovatif yang menyokong visi beliau dalam muzik dan hiburan. Dengan pelancaran “Rockstar”, LISA berusaha untuk menolak sempadan industri muzik dengan gaya dan kreativiti yang unik.

Peminat seluruh dunia Lisa sudah boleh pra pesan (pre-order) dan menyimpan lagu ini melalui pautan di laman sesawang https://www.lalisaofficial.com dan sesiapa yang memuat naik nanti akan berpeluang untuk menjadi antara yang pertama mendengarkan lagu terbaru Lisa. Eksklusif bukan? 

Peminat boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai pelancaran ini melalui posting terbaru LISA di [Instagram] . 

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelancaran single “Rockstar” oleh LISA pada 27 Jun ini!


sumber : Joe Shaiful  & suara tv

Catat Ulasan

0 Ulasan