PERTANDINGAN SENI MR D.I.Y 2024: PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN SENI

 

Bendera Malaysia’ yang disulam secara kreatif dan lukisan 3D tentang keinginan untuk mempelajari seni muncul sebagai pemenang -pemenang Hadiah Utama Pertandingan Seni MR D.I.Y. 2024. Kini di tahun ketiga, pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y].

Edisi tahun 2024, menarik lebih 1,000 penyertaan dari seluruh negara termasuk 322 penyertaan yang memberangsangkan dari sekolah rendah dan menengah.

Pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di superstore MR D.I.Y. PLUS di IPC Shopping Centre di Selangor hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, “Di MR D.I.Y, kami percaya pada kuasa kreativiti dan inovasi. Pertandingan seni ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai semangat kreativiti dan dedikasi yang turut sama memacu kejayaan kami. 

"Tema tahun ini adalah 'Realiti Abstraksi' menjemput para artis untuk meneroka dan menggambarkan hubungan antara abstrak dan realiti, mewujudkan rasa abstrak sambil mengekalkan hubungan dengan dunia sebenar. Tema ini adalah untuk mencabar persepsi, menggalakkan orang ramai melihat di luar permukaan dan mempertimbangkan tafsiran yang lebih mendalam serta kompleks," katanya.

Beliau menambah bahawa beberapa karya yang menang menginstegrasikan elemen budaya Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan dengan cantik, menunjukkan bahawa dalam dunia seni dan kreatif, perbezaan budaya merentasi sempadan. 

"Melalui usaha seperti ini kami boleh memberi inspirasi kepada rakyat Malaysua untuk melihat di luar jangkauan dan menghargai hubungan dengan masyarakat dan antara satu sama lain," tambahnya.

Buat julung kalinya, pertandingan itu menampilkan dua kategori berasingan iaitu awam dan institusi pendidikan, di mana ia untuk menggalakkan lebih banyak peryertaan daripada rakyat Malaysia dan memberi lebih banyak peluang untuk mereka mempamerkan bakat dan kebolehan unik mereka. 

22 artis muda Malaysia telah dianugerahkan hadiah wang tunai lebih RM100,000 pada majlis penyampaian hadiah itu. Mohd Farizal Puadi, 43, pensyarah Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Sastera, Kelestarian & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Sungkai, Perak dan Ikil Ali Ahmad Shukri, 19, pelajar Universiti Teknologi Mara telah dianugerahkan Hadiah Utama dalam kategori awam dan institusi pendidikan.

Farizal membawa pulang RM 15,000 manakala Ikil RM 4,000. Karya Farizal bertajuk 'Malaysia Madani' diilhamkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia (PRU15) dan merakamkan detik penting dalam sejarah negara, Beliau menyifatkan ia mencerminkan watak Malaysia yang pelbagai dan unik melalui penggunaan simbolik bendera negara. 

Beliau menggunakan teknik jahitan yang menggambarkan perabot upholsteri sebagai metafora untuk keselesaan yang diperoleh daripada kepelbagaian masyarajat Malaysua, serta menunjukkan bentuk yang rumit itu menandakan bagaimana benang budaya dan warisan yang berbeza dijalin bersama untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan harmoni. 

Karya Ikil, 'Surat untuk Dunia; Bertemu Cinta di Garis Horizontal', menggambarkan perjalanannya untuk menjadi seorang artis. Sebagai seorang pelajar dan dipengaruhi oleh elemen artistik ibu bapanya, dia bercita-cita untuk belajar Seni halus. Karya seninya menggambarkan pengajaran yang diambil daripada ibu bapa, guru, rakan dan kehidupannya. Dia menyampaikan bahawa kesucian cinta dapat memerangi kebencian dan menggubah dunia menjadi tempat yang harmoni dan aman. 

Merujuk kepada hasil seni yang dipamerkan tahun ini, Ong berkata, "Kreativiti adalah asas kemajuan dan enggan memupuk ekspresi artistik, kita bioleh menyumbang kepada masyarakat yang lebih bertenaga dan dinamik.

Pertandingan ini hanyalah salah satu daripada banyak cara yang kami harap dapat menggalak dan memperkasakan artis untuk berkongsi visi dan suara mereka dengan dunia," katanya.

Panel hakim bagi pertandingan tahun ini terdiri daripada Encik Fauzan Omar, Encik Safrizal Sharir, Cik Leong Mei Yin, Encik Bingley Sim dan Ong. MR D.I.Y menjemput orang ramai untuk melihat hasil karya seni para pemenang di MR D.I.Y Plus IPC Shopping Centre dari 22 hingga 30 Jun 2024 dan Pusat Seni Segarus Publika dari 1 hingga 7 Julai 2024. 

Dilancarkan pada 2022, Pertandingan Seni MR D.I.Y bertujuan untuk memupuk penghargaan terhadap seni Malaysia dalam kalangan khalayak ramai dan mempromosikan ekosistem kreatif yang kaya dan pelbagai di negara ini.

Pertandingan ini menyediakan platform yang mampan bagi bakat seni di seluruh negara untuk dipupuk dan diperkembangkan, serta sebagai salah satu usaha peruncit untuk menambah nilai kepada negara dan kehidupan rakyat Malaysia. 

Umtuk senarai pemenang hadiah dan maklumat lanjut mengenai Pertandingan Seni tahunan MR D.I.Y, lawati laman web MR D.I.Y dan halaman media sosial Facebook, Instagram dan Tiktok mereka. 

Catat Ulasan

0 Ulasan