KOLEKSI PREMIUM KELUANG MAN DALAM EDISI TERHAD ROYAL SELANGOR

Sebagai usaha untuk meraikan kehadiran Keluang Man di beberapa pawagam tempatan menjelang 29 Mei depan, Astro Shaw bersama Royal Selangor dengan bangganya membawakan sebuah koleksi agung figura Keluang Man edisi terhad dalam bentuk pin eksklusif dan figurine miniatur yang direka khas oleh tukang piuter Royal Selangor.

Rekaan ini adalah sebuah inisiatif istimewa bersama Royal Selangor bagi mempersembahkan sebuah koleksi eksklusif yang dinspirasikan daripada filem superhero ikonik Malaysia, Keluang Man.

Usaha ini menandakan kerjasama sulung antara Astro Shaw dengan Royal Selangor sebagai dua jenama unggul dalam bidang masing-masing, bagi membawakan sebuah rekaan yang mampu menjadi koleksi peribadi buat penggemar filem dan siri kolektif di Malaysia.

Setiap rekaan yang dihasilkan mencerminkan ketelitian dari segi gaya ukiran di mana ikonik Keluang Man dihasilkan dalam edisi terhad. Bagi rekaan dalam figurin dengan gaya persilatan ikoniknya, piuter dengan kemasan satin dikeluarkan sebanyak 30 unit sahaja secara terhad dengan setiap satu nombor individu. Tapak figurin ini turut menyediakan ruang untuk ukiran peribadi.

Manakala pin lapel piuter Keluang Man menampilkan lambang ikoniknya, sebagai penghormatan berani kepada wira rakyat Malaysia membanteras jenayah di bawah lindungan malam. Tersedia dalam kemasan satin bersalut emas 24k, pin lapel ini dikeluarkan 100 unit secara terhad.

Bagi penggemar rekaan kolektif ini, koleksi ini akan mula dijual secara rasmi di semua rangkaian Royal Selangor terpilih bermula bulan Mei hadapan.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw, penghasilan rekaan ini mencerminkan kualiti penghasilan filem tempatan yang diterjemahkan melalui siri kolektif bagi memperkenalkan karya tempatan dalam bentuk koleksi premium sebagai satu ikonik superhero di Malaysia.

Kolaborasi ini mencerminkan strategi kami untuk memperluaskan nilai IP (harta intelek) filem tempatan dan seterusnya memperkukuhkan jenama Keluang Man melalui kerjasama dengan jenama premium seperti Royal Selangor. Ia bukan sekadar koleksi, tetapi satu usaha memperkukuh ekosistem industri kreatif dan mengangkat lagi warisan seni Malaysia, di samping membuka peluang untuk menjangkau sasaran baharu,” katanya.

Filem Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi. 

Sementara menantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga. 

Saksikan filem Keluang Man yang akan menemui penonton di pawagam bermula 29 Mei 2025.

Catat Ulasan

0 Ulasan