PEMINAT RAIKAN RAYA BERSAMA DALAM 'VIBING RAYA BERSAMA YEO'S x DOLLA'


Pada malam 19 April 2025, bertempat di Rumah Abang Jamil di Klang, peminat kumpulan popular Dolla iaitu iDolla dan juga peminat bertuah hadir dalam majlis rumah terbuka Yeo's dan juga ramah mesra 'Vibing Raya bersama Dolla'. Peraduan Eksklusif ini memberi peluang kepada mereka untuk beraya bersama DOLLA di dalam satu malam yang sangat 'intimate' dan meriah. Malam itu meraikan seramai 120 orang pemenang bertuah dan juga pengamal media. 

Ms Renda Low, Pengarah Pemasaran Yeo's Malaysia yang turut hadir pada malam itu mengatakan beliau tidak menyangka majlis ini akan menjadi malam yang meriah dengan kehadiran peminat - peminat kumpulan yang sungguh popular ini.  Selain daripada malam meet & greet bersama Dolla, terdapat juga hadiah mingguan seperti make-up, hand bags, dan banyak lagi untuk pelanggan Yeo's dan juga peserta yang menyertai Meet & Greet Raya Yeo's X Dolla. 


Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angel hadir di Rumah Abang Jamil anggun berbusana hari raya. Mereka menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu popular mereka 'Raya, raya raya' dan juga lagu yang pernah mereka nyanyi dahulu bersama Hael Husaini iaitu 'Suara Lebaran Kita'. Dolla juga bersama - sama peminat untuk pertandingan 'Sambung Lagu Raya', 'Musical Chair' dan juga untuk 'Best Dressed'. Hadiah yang diberikan oleh pihak Yeo's juga sangat menarik menyebabkan peminat dan pemenang Meet & Greet tidak melepaskan peluang mereka untuk Vibing Raya bersama Yeo's X Dolla. 


Menurut Dolla, mereka bersyukur dapat bekerjasama dengan Yeo's untuk mengadakan Majlis Raya Vibing bersama Yeo's ini bersama dengan peminat mereka, Ini juga merupakan kali kedua Dolla mengadakan sesi bertemu peminat bersama Yeo's yang mana sebelum ini mereka bekerjasama untuk majlis 'Vibing in Train' bersama Yeo's. Dolla juga sempat memberi bayangan mereka akan kembali dengan lagu baru yang akan keluar pada bulan Mei nanti. 

Malam yang penuh memori indah dan meriah itu diakhiri dengan beberapa percikan bunga api yang sungguh mengujakan. Jangan ketinggalan untuk mengetahui perkembangan lain kumpulan Dolla dan juga Yeo's selepas ini, mana tahu ada rezeki anda. 






Catat Ulasan

0 Ulasan