ZUANA UNGGULI MINGGU PERTAMA, 8 PESERTA TERSINGKIR

 


Semalam berlangsungnya minggu pertama Raise The Star yang menampil seramai 30 peserta yang sangat berbakat. Rancangan baharu yang mengantikan Big Stage Alpha yang melabuhkan tirainya minggu lepas. Rancangan yang diadakan di Royal Theater Shah Alam ini menampilkan Alif Satar dan Sherry Al-Hadad sebagai hos tetap.

Juri tetap rancangan ini seperti yang telah diumumkan iaitu Ajai, Audi Mok, Shila Amzah, Aina Abdul dan Ikhwan Fatanah. Namun Juri Aina Abdul tidak dapat bersama untuk minggu pertama atas komitmen kerja dan Aina digantikan oleh Juri Jemputan iaitu Penyanyi, Pelakon dan juga Komposer berbakat iaitu Tomok. 

Mungkin kami masih belum faham konsep rancangan ini. Tema bagi konsert minggu pertama ialah Duet. 30 Peserta diberi peluang menyampaikan lagu pilihan secara duet. Ada yang memukau dan ada yang masih banyak boleh diperbaiki. 


Minggu pertama, pentas Raise The Star Malaysia menyaksikan bintang Zuana (65.83 %) berjaya menduduki tempat pertama, manakala di tempat kedua Pasya (62.86 %), tempat ketiga Rayme dengan (61.73 %), tempat keempat Zury (61.38 %) dan tempat kelima Aril Eles (61.18) sekaligus melayakkan mereka secara automatik untuk ke minggu seterusnya. Manakala 8 bintang dengan kedudukan terendah telah tersingkir apabila mendapat undian markah yang rendah dari para juri & penonton.

Selain itu, peserta Bosswan telah dipilih sebagai penerima Anugerah Gempak Star On Fire.
Yang menyedihkan untuk minggu pertama ini. Hanya 22 peserta layak ke minggu depan.
Seramai 8 peserta disingkirkan pada minggu pertama ini. Antara yang tersingkir pada minggu pertama ini adalah Azren, Halida, Iqmal, Aiman Hakim, Syahera, Amir, Wanns Ahmad dan Bella.


Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum. Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%. apa yang menariknya, mereka menggunakan sistem 'Slay Meter' iaitu sistem kedudukan (ranking) yang diberikan oleh para juri berdasarkan persembahan para bintang. Bintang yang mendapat 5 slay akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dari pihak penaja.  

Tugasan untuk Konsert minggu kedua adalah bertemakan "Who Am I". Jangan lupa saksikan Raise The Star Malaysia di Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka. 



Catat Ulasan

0 Ulasan