MASTERS OF THE WORLD 2025: MENGANGKAT MARTABAT LELAKI

Bagi meraikan ketulenan seorang lelaki di pentas peragaan tanpa menanggalkan imej dan personaliti ‘gagah’ sang pesona, Masters of the World 2025 (MOTW 2025) bakal melabuhkan tirainya pada 20 Oktober ini di Starlight Arena @ Plaza 51, Petaling Jaya.

Menampilkan 16 jejaka luar biasa dari 12 negara seluruh dunia, MOTW 2025 bukan sekadar pertandingan raga dan rupa, tetapi acara berprestij yang mengangkat lelaki sebagai ikon sejati dengan penilaian berasaskan kredibiliti, personaliti, ketahanan diri, karier, serta keindahan jiwa.

Majlis penyematan selempang rasmi dan sidang media Masters of the World 2025 berlangsung dalam suasana penuh harmoni di Ombak Café, Setapak, diserikan dengan kehadiran media tempatan, penganjur serta barisan delegasi antarabangsa yang membawa pesona tersendiri.

Dalam ucapan pembukaannya yang sarat makna, Samuel Seow, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Beam Artistes merangkap penganjur Masters of the World, menegaskan bahawa pertandingan ini bukan sekadar pentas memperagakan keunggulan fizikal lelaki, tetapi gerakan kemanusiaan yang mendefinisi semula erti sebenar menjadi seorang lelaki moden.

“Hidup ini sentiasa mengajar kita. Saya sendiri pernah melalui saat gembira dan badai yang menguji kekuatan serta maruah diri. Setiap luka dan kegagalan menjadi guru yang membentuk siapa saya hari ini,” ujar Seow penuh emosi.

“Untuk menguasai dunia, kita mesti terlebih dahulu menguasai diri sendiri. Lelaki, sama ada di usia dua puluhan mahupun enam puluhan, semuanya melalui fasa kehidupan yang membentuk jiwa. Namun kemenangan sebenar bukan pada trofi atau gelaran, tetapi pada keupayaan mengawal fikiran, emosi, hubungan dan hati," katanya lagi.

Beliau turut menambah bahawa Masters of the World hadir untuk menginspirasikan lelaki di seluruh dunia agar bangkit daripada masa lalu, memimpin dengan empati dan menjadi sumber kekuatan kepada keluarga, masyarakat serta generasi akan datang.

Masters of the World 2025 (MOTW 2025) menjadi medan pertemuan pelbagai budaya dan latar kerjaya, mempertemukan jejaka hebat dari seluruh dunia daripada doktor, pereka dalaman, juruterapi, pendidik, usahawan hinggalah model profesional.

Para peserta mewakili 12 negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, Taiwan, Afrika Selatan, Greece, Croatia, India dan Sepanyol, membawa bersama keunikan budaya, nilai dan kisah kehidupan masing-masing.

Pertandingan ini menampilkan dua kategori utama iaitu MASTERS, untuk peserta berusia antara 20 hingga 35 tahun manakala ELITE untuk peserta berusia 36 tahun ke atas

Menariknya, peserta tertua, Yu Cheng Chao dari Taiwan, berusia 71 tahun, menjadi simbol bahawa usia bukan batasan untuk terus bermimpi dan berinspirasi, malah bukti bahawa keindahan dan kekuatan seorang lelaki tidak pernah luput ditelan waktu.

Sepanjang minggu pertandingan yang bermula 14 Oktober 2025, kesemua peserta menjalani aktiviti pembangunan diri, cabaran fizikal dan sesi interaksi komuniti, sebagai persediaan menuju malam kemuncak penuh gemilang pada 20 Oktober 2025 di Starlight Arena, Petaling Jaya.

Penganjuran Masters of the World 2025 turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai jenama dan organisasi terkemuka yang berkongsi visi dalam memperkasa nilai kemanusiaan serta gaya hidup positif.

Antara rakan rasmi ialah Alluora selaku Penaja Rasmi Penjagaan Kulit, Universal Music Malaysia sebagai Rakan Strategik Bakat & Hiburan, Stegg Kuala Lumpur sebagai Hotel Rasmi, serta Starlight Arena yang menjadi Lokasi Grand FinalSokongan turut hadir daripada Apollo Art Photography, Ombak Kitchen, Brooklyn Damansara Heights, dan Hyperlive TV sebagai rakan media serta hospitaliti rasmi.

Turut berganding bahu sebagai penaja utama ialah Finova Capital, Nexus Venture, The Best Award, International Business Association, Limitless, Verta Collective, The Clover Bridal, Art Figura, Corak, Fusion Meso, Kova Medispa, Private Stitch, serta pelbagai jenama korporat lain yang komited terhadap pembangunan insan dan kesejahteraan sejagat.

Sementara itu, Rentak Sejuta tampil sebagai Rakan Media Rasmi, manakala Hype Pageantry, Missology, Miss Malaysia Pageant, MBPFC dan Mahkota Maharani Malaysia turut berperanan sebagai rakan media pertandingan, memeriahkan lagi liputan MOTW 2025 di pelbagai platform serantau.

SENARAI DELEGASI MASTERS OF THE WORLD 2025

Pertandingan Masters of the World 2025 menampilkan barisan peserta antarabangsa yang bukan sahaja memiliki keperibadian unggul, tetapi juga membawa keunikan budaya, pengalaman dan aspirasi tersendiri.

Kategori Masters
Menampilkan jejaka berusia antara 20 hingga 35 tahun yang mewakili generasi lelaki moden penuh tenaga dan inspirasi:
Boris Blagojevic (Croatia)Dr. Raajeev Ranjan (India)Ramadi Purba (Indonesia)Tan Jun Jie – Joe (Malaysia)Kaung Myat Htay (Myanmar)Mac Januel Vallero Sevilla (Filipina)Ash Kahar (Singapura)Marco Steenkamp (Afrika Selatan)Alex Ye (Thailand)

Kategori Elite
Menampilkan peserta berusia 36 tahun ke atas yang membuktikan bahawa karisma dan daya kepimpinan sejati tidak pernah mengenal usia:
Spiros Spinoulas (Greece)Anil Paswan – Neil (India)Lee Chee Kiong (Malaysia)Prince Jefrey O. Hernandez (Filipina)Terence Yeok Kian Tea (Singapura)Héctor Soria Martínez (Sepanyol)Yu Cheng Chao (Taiwan)

Kemuncak Masters of the World 2025 bakal melabuhkan tirainya dengan penuh gaya dan prestij pada 20 Oktober 2025, bertempat di Starlight Arena @ Plaza 51, Petaling Jaya — sebuah malam yang dijangka sarat dengan aura kelelakian, inspirasi dan pesona antarabangsa.

Tiket boleh didapati melalui www.thevotique.com dengan pilihan berikut:

  • VIP: RM350 (meja bulat dengan hidangan eksklusif)

  • Biasa: RM150 (tempat duduk bebas dengan bufet disediakan)

Ayuh, saksikan sendiri detik bersejarah ini — ketika jejaka dari seluruh dunia melangkah ke pentas, menzahirkan makna sebenar “menguasai dunia”, bukan dengan kekuatan semata-mata, tetapi dengan jiwa, keikhlasan dan nilai kemanusiaan yang menjadi nadi seorang lelaki sejati. 

Catat Ulasan

0 Ulasan