Bandung.... Good Places for Your Shopping..






Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah S.W.T dapat kembali semula ke tanah air yang tercinta, setelah 4 hari berada di Kota Bandung, Indonesia dari 25 hb hingga 28 hb Disember 2008. Kiranya 6 hari la blog ini bercuti.. huhuhu. Pertama kali salam tahun baru 2009 yang bakal tiba tidak beberapa jam lagi dan diharapkan tahun baru ini sinar kegembiraan akan terpancar diwajah seluruh rakyat Malaysia, termasuk warga filem, anak-anak seni dan pembaca setia blog ini serta rakan-rakan yang dicintai. Berada di Kota Bandung, Indonesia 3 hari yang lepas nyata menggamit memori dan meninggalkan kenangan yang sangat manis kerana menyaksikan corak kehidupan masyarakatnya yang boleh dikatakan amat menghargai erti sebuah kehidupan berdasarkan potensi kewangan bagi mereka amat diperlukan untuk hidup di muka bumi.


Bandung, Indonesia bagi sesetengah orang adalah bandar biasa yang penuh kesesakan lalu-lintas, walaupun secara amnya di banjiri oleh kenderaan-kenderaan kecil samada motosikal, van, mobil / kereta mahupun angkutan kota iaitu sebuah pengangkutan seperti bas tetapi modelnya macam sebuah van menjadi pengangkutan utama masyarakat Bandung untuk bergerak ke satu lokasi ke lokasi yang lain yang berdekatan antara satu sama lain. Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam angkutan kota, saya, nazrul, pn subaidah dan anaknya di bawa menaiki angkutan kota untuk ke sebuah pasar yang menjual barang-barang murah termasuk VCD-VCD filem Indonesia mahupun antarabangsa yang dijual dengan harga rp6,000 bersamaan dengan RM 1.75 sekeping. Maaf... puas mencari di mana menjual yang original, tidak diketemui malahan kami dibawa ke sebuah pasar seakan-akan Petaling Street, yang menjual puluhan VCD atau DVD filem Indonesia yang 'cetak rompak'. Jika di Malaysia, pastinya saya akan membeli yang tulen.




Bukan setakat berjalan-jalan kosong di pusat bandarnya, saya dan team rombongan dari Malaysia di bawa ke Gedung Batik Danar Hadi, Bandung yang merupakan pusat penjualan batik terunggul di Kota Bandung yang harganya murah dan ada juga mahal dan kualitinya bagus bangat. Kiranya jika di Malaysia, Noralfa Batik la standardnya. Membeli belah di Kota Bandung, Indonesia sangat menguntungkan kerana saya di bawa ke Factory Outlet di sekitar Bandung iaitu gudang butik terbesar seperti sebuah banglo rumah yang menjual ratusan pakaian yang berjenama dari Guess, Zara, Hugo Boss, LV, Gorgio Armani, Burberry, CK dan sebagainya dengan harganya 3 kali ganda lebih murah daripada Malaysia. Cuba bayangkan pakaian berjenama yang original boleh dibeli dengan harga rp100,00 hingga rp350,000 iaitu antara Ringgit Malaysia RM35.00 hingga RM150.00 sahaja. Jaket kulitnya boleh didapati dengan harga RM80.00 daripada jenama Zara, Hugo Boss dan sebagainya. Jika di Malaysia, pastinya tidak dapat kerana di KL harganya sekitar RM 200 ke atas. Patutlah, bisik teman saya, ramai selebriti Malaysia ke bandung adakalanya untuk shopping, kerana harganya amat berpatutan dan berkualiti. Bagi anda yang gilakan shopping dan branded barangnya, wajarlah menghabiskan cuti anda di Kota Bandung mahupun Jakarta yang tentunnya tidak rugi dan berbaloi untuk shopping hujung tahun mahupun awal tahun. Barangkali teman-teman karyawan ataupun anda patut ke sana..



Apabila berbicara dengan salah seorang supervisornya di butik outlet tersebut, mereka memberitahu saya bahawa di outlet tersebut adalah barang-barangnya diimport dari luar negara masuk ke Indonesia mengikut kapasiti kepadatan penduduknya dan jumlah pendapatan dan nilai rupiah sebesar mana sekalipun nilainya, maka harga seseuatu barang akan menjadi tetap mengikut nilai sesebuah negara. Jika di Malaysia, benda yang sama juga berlaku, barang-barang berjenamanya terpaksa menjadi mahal kerana kualitinya, charge cukai perkhidmatannya dan di mana ia ditempatkan adalah faktor utama nilai sesuatu barang itu turun ataupun naik. Maka, bagi saya Bandung adalah negara sesuai untuk anda yang gilakan membeli-belah. Fikirkan masak-masak samada anda sanggup membayar lebih untuk mendapatkan kualiti yang sama.


Namun begitu, bukan sahaja destinasi ke bandung untuk membeli belah namun kami di bawa ke Tangkuban Parahu iaitu tempat di mana larva gunung berapi meletus dan meninggalkan kesan dan rekahannya untuk tatapan generasi pencinta aktiviti travelling mahupun persekitaran. Yang menariknya di sepanjang berjalan di sekitar Bandung atau mana-mana tempat sekalipun, kami di buru penjual cenderamata daripada key chain hinggalah senapang yang memaksa kami membeli barang-barang mereka, katanya 'mau beli pak... murah aja mas.. kami butuh uang mahu makan.. ambiklah satu mas... buat kenang-kenangan'.. kata salah seorang penjual cenderamata di mana-mana tempat di Bandung.. Kiranya macam selebriti pulak la ye.. asyik diburu sebegitu.. Tetapi memorinya amat kekal diingatan.


28hb Disember.. selamat tiba di LCCT Air Asia Airport, membawa pulang seribu kenangan bercuti sambil menghabiskan wang, katanya di Bandung.. jadi tidak rugilah shopping di sana... jadi next year kata teman saya, may be akan ke Bangkok ataupun ke Gold Coast, Australia...


salam tahun baru, 2009




Catat Ulasan

1 Ulasan

Ajami Hashim berkata…
mana ole-ole untuk ajami?

hepi nu yer 09 bro! ;-)