Wajarkah Harga Tiket Filem Antarabangsa RM20.00 ?



'Apakah akan terjadi seandainya harga sesebuah tiket untuk filem antarabangsa yang ditayangkan di pawagam Malaysia akan meningkat naik daripada RM 12 kepada RM 20.00 ke atas?' Ini persoalan yang sedang hangat diperkatakan di kalangan rakan media, para blogger, pengkritik filem mahupun penonton biasa. Sekiranya harga tiket bagi filem yang diimport masuk ke Malaysia meningkat naik pada tahun ini menjadi RM 20, nescaya industri perfileman tempatan akan berubah secara mendadak dari pelbagai segi dan keadaan, termasuk penerimaan dan kutipan bagi filem tempatan yang khabarnya semakin merosot kesan daripada harga tiket yang sama antara filem tempatan dengan filem antarabangsa. Jika kebiasaannya harga sesebuah tiket filem Melayu ialah RM 10 begitu jua dengan filem antarabangsa, kadar penonton filem Melayu semakin merosot bukan sebab faktor harga tiket sesebuah filem, tetapi yang menjadi persoalannya ialah faktor kualiti, storytelling, isu yang dipaparkan serta rakaman visual dan penataan sinematografinya yang mungkin kurang menarik perhatian penonton untuk menonton filem tempatan, dan ini membuatkan mereka ada diantaranya menganggapkan filem tempatan adalah sama kesemuanya dan tidak berkualiti, seterusnya ini membuatkan penonton kita akan memilih untuk menonton filem luar yang lebih menjanjikan kepuasan di samping pembayaran harga tiket yang sama. Sekiranya harga sesebuah tiket untuk filem luar akan meningkat naik kepada RM20, ini mungkin akan menggembirakan para karyawan sesetengahnya, sebab 'ramai penonton akan menonton filem tempatan'. Tetapi bagi saya agak mustahil ini akan berlaku sekiranya filem kita sesetengahnya lebih banyak menerapkan filem-filem ringan dan kosong pemikirannya serta penerapan jalur naratif penceritaan yang mungkin membosankan, walaupun ada pelakon yang ternama berlakon di dalam filem tersebut. Mahukah penonton tempatan kita akan membayar harga tiket RM 10 untuk menonton filem yang membosankan?. Dan tidak sampai 10 minit, keluar panggung!. Oleh itu, saya tidak kata harga tiket penyebab utama kemerosotan kutipan untuk filem tempatan, tetapi yang puncanya adalah 'kualiti penceritaan dan visual yang dirakamkan' itu penting untuk menarik perhatian penonton. Jadi, para karyawan kita perlu memikirkan apakan bentuk cerita yang menarik perhatian penonton agar dapat bersaing dengan pasaran filem-filem luar?. Cuba bayangkan, sekiranya filem luar itu jalan ceritanya best walaupun harga tiket mencecah RM20 ke atas, dan filem tempatan pulak membosankan dan sama ceritanya walaupun ada konflik yang berbeza, penonton tempatan akan tetap memilih filem luar, mungkin tidaklah sekerap tetapi kenaikan harga tiket bagi saya tidak akan menjadi masalah pada yang berpendapatan tinggi tetapi sekiranya yang berpendapatan rendah mahupun para pelajar, mereka akan memilih untuk mendapatkan DVD cetak rompak dan pasaran filem-filem 'private' akan mendapat sambutan yang paling hangat dan ekonomi industri filem mungkin akan berkocak seketika dengan kutipan filem di pawagam yang akan terumbang-ambing.


Namun begitu, bukan semua filem tempatan tidak berkualiti, tetapi ada di antaranya masih sama jalur naratifnya. Jika sesebuah filem yang berkualiti itu ditayangkan dengan beberapa falsafah yang mungkin bagus perjalanan konsepnya, adakah penonton kita akan pergi tengok juga di pawagam? Terpulanglah pada sesetengahnya dan mungkin mereka akan memilih filem yang tidak memeningkan kepala dan ringan serta longgar pemikirannya. Bukan salah membikin filem kualiti yang kurang sambutannya, tetapi bagi saya, yang perlu untuk menarik perhatian penonton ke pawagam ialah 'trailer sesebuah filem itu perlu gempaq dan menarik perhatian di samping poster filem yang memukau pandangan'. Ingat jangan salahkan LPF apabila sesebuah filem itu berani mengupas sesebuah perkara, tetapi yang patut dibanggakan dan dipersoalkan ialah penerimaan penonton kita terhadap filem kita sendiri. Serta wajarkan harga tiket filem antarabangsa meningkat naik kepada RM20?. Itu boleh di jadikan percubaan sekiranya kita mahukan melihat sambutannya terhadap filem tempatan sekiranya harga tiket kita cuma RM 10 dan filem luar RM20. Justeru, jangan peningkan kepala anda memikirkan isu ini kerana yang perlu difikirkan lagi 'bagaimana dan apakah cerita yang sebenarnya mahu penonton filem di Malaysia inginkan?'. Beranikan diri menghasilkan filem dengan pelbagai genre, walaupun ada mulut-mulut nakal yang mungkin akan menghentam filem anda. Jika yang dihentam itu sebuah filem yang berani, maka anda sudah memiliki sasarannya dan jika kita masih melabur untuk membikin filem yang komedi ringan dan membodohkan lagi, maka penonton di Malaysia akan menganggapkan semua filem kita tiada pembaharuan walaupun orang-orang di dalam industri filem berkata 'kita sudah menghasilkan yang terbaik'. Oleh itu, selamat menghasilkan filem yang dapat menarik perhatian audien tempatan mahupun antarabangsa. Ingatlah...... dan belajarlah daripada filem-filem luar yang kualitinya bagus bangat.

p/s: kita patut menghasilkan filem tempatan yang berwajah Malaysia dan berwajah antarabangsa?. yang manakah pilihan anda?. Anda mampu mengubahnya?

Catat Ulasan

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
x patut...tiket mahal x patut!!
saya tolak 100% soal tiket RM20.00 memang tak patut..sbb ia mengambarkn kita sokong filem luar masuk ke negara kita dgn mengalu-alukan harga tiket mahal..