Imbauan kepada Muzik Nada Murni : Album Rabbani cetus fenomena baru..

Semalam, bertempat di Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju, satu sidang pra-dengar album terbaru Rabbani 'Nostalgia Nada Murni Rabbani' telah dilancarkan, bersama-sama sidang media Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul yang akan di adakan pada 28 Februari 2009, pukul 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam, yang bakal menampilkan Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Amy Search, Uztazah Norbahyah dan Uztaz Akhil Hayvv. Konsert yang akan di adakan ini mengalu-alukan kedatangan anda semua peminat muzik nasyid di seluruh negara untuk datang menyaksikan konsert terbesar Rabbani ini. Tiket-tiket boleh di dapati dengan membeli kad I-Talk yang bernilai RM 10, RM 30 & RM 50.




'Nostalgia Nada Murni Rabbani', merupakan album yang ke-18 Rabbani yang menghimpunkan lagu-lagu terbaik yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Nada Murni suatu ketika dahulu. Album ini mengandungi 10 lagu terbaik di antaranya Bila Nur Melimpah Di Hati, Ibu Mithali, Al Hijrah, Sunnah Berjuang, Sifat 20, Nun Di Sana, Indahnya Hidup Bersama Illahi, Mana Milik Kita, Jasa Petani dan Ayyu Zikra. Jika anda menghayati kesemua lagu-lagu ini, nescaya ingatan anda kepada kumpulan nasyid Nada Murni akan tersemat diingatan. Untuk makluman anda, Uztaz Asri Ibrahim yang merupakan vokalis utama Rabbani ini sebenarnya merupakan bekas anggota Nada Murni yang pernah popular suatu ketika dahulu. Dan album ini sangat istimewa dan sesuai di hadiahkan buat insan yang tersayang.

Jika diteliti pada cover album Rabbani kali ini, amat menarik perhatian saya dan sekiranya cover depan tersebut 'ditimbulkan perkataan Nostalgia Nada Murni Rabbani dan gambar mereka juga ditimbulkan 3D' pastinya ia sangat istimewa. Tetapi tidak, ia adalah rekaan biasa. Saya amat berharap untuk next album, Rabbani dapat menghasilkan cover yang menarik lagi... insya-allah. Kepada anda di luar sana, jangan lupa dapatkan album terbaru Rabbani ini yang pastinya tidak akan mengecewakan anda..

p/s: Jom tengok Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul, 28 Februari 2009 pukul 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam.



Catat Ulasan

0 Ulasan