Industri Muzik Malaysia di Persada Antarabangsa..


PENYERTAAN MALAYSIA DI WORLD CHAMPIONSHIP OF PERFORMING ARTS 2009

'Idea ini tercetus dengan kejayaan anak muda, Ikhwal dan penyanyi Noryn Aziz yang telah memenangi Anugerah World of Championship 2008 tahun lepas. Justeru, pencarian bakat pelapis untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa, kini bermula. Mahukah anda menjadi seperti Ikhwal dan Noryn Aziz, sahutlah cabaran ini'
- amy ikram ismail


Selepas meraih kemenangan besar dalam World Championship of Performing Arts (WCPA) 2008, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) sekali lagi diberi tanggungjawab menjadi penyelaras utama bagi penyertaan Malaysia dalam WCPA yang akan di adakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 – 19 Julai 2009 ini nanti.

Mulai tahun ini, penyertaan Malaysia di WCPA akan menjadi acara tahunan seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 8 Disember 2008. KPKKW akan bekerjasama dengan Syarikat All Stars Performing Arts (M) Sdn. Bhd. yang dilantik sebagai ejen eksklusif WCPA di Malaysia dalam menguruskan penyertaan Malaysia di WCPA 2009.

Menurut urusetia, pada tahun ini, Malaysia akan menyertai WCPA dalam lima kategori iaitu vokal, instrument, tarian, model dan lakonan. Kategori lakonan adalah penyertaan yang terbaru. Kategori umur bagi peserta yang akan menyertai kelima-lima kategori ini dihadkan dari umur 16 hingga 29 tahun. Walaubagaimanapun, bagi mana-mana penyanyi rakaman yang telah mempunyai sekurang-kurangnya dua album diberi kelonggran sehingga umur 35 tahun.

KPKKW dengan kerjasama Kementerian Penerangan dan Syarikat All Stars akan mengadakan program reality TV dengan tajuk “Worldstars – Road to Hollywood”. Ia bertujuan untuk mencari bakat dari seluruh negara untuk mewakili Malaysia di WCPA. Program ini akan menjadi batu loncatan kepada KPKKW dalam usaha mengkomersilkan seni budaya dalam negara mahupun luar negara.

Program “Worldstars – Road to Hollywood” akan diadakan sebanyak 13 siri bermula dari bulan Mac hingga bulan Mei 2009 dan akan disiarkan di TV2 pada setiap hari Selasa jam 8.00 malam. Majlis pelancaran bagi program ini telah diadakan pada 10 Februari oleh YB Mentei KPKKW, Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal di Sound Stage, Finas.

Uji bakat peserta akan dibuat di seluruh Negara melalui 5 zon iaitu Selatan, Utara, Tengah, Timur, Sabah dan Sarawak bermula pada bulan Februari hingga Mac 2009.

Pemilihan peserta diperingkat awal akan melibatkan 4 orang juri iaitu Deja Moss, Husin Ali, Hans Isaac dan Rusdi Ramli. Manakala diperingkat seterusnya, para peserta akan diadili oleh Noryn Aziz, Deja Moss, Zainal (penari), Azura (model), Rusdi Ramli dan Yazid (pemuzik).

Seramai 22 orang peserta akhir akan dipilih mewakili Malaysia dalam 5 kategori persembahan seni di WCPA 2009 nanti.

Peserta-peserta yang terpilih akan diberi latihan rapi secara berkala bermula pada 11 hingga 23 Mei dan akan mengadakan 4 perembahan sebelum berlepas ke Hollywood.

p/s: Pencarian kini bermula...

Catat Ulasan

0 Ulasan