Hai.. macam-macam kan, industri hiburan dan filem kita nie. Yang terbaru, isu mengenai filem Geng:Penggembaraan Bermula dikatakan bakal ditarik balik semua tayangannya oleh produser filem ini seandainya sikap panggung wayang terbesar ini cuba meletakkan filem geng di hall yang terkecil dengan alasan, filem geng sudah tamat 'wajib tayang' dan ia hendaklah memberikan laluan kepada filem antarabangsa pula. Apa kejadahnya tue?. Ini bermakna sikap 'pawagam' tue cuba ingin menghancurkan kutipan tayangan filem geng yang cuba mensasarkan kutipan RM 10 juta mungkin tidak dapat kesampaian. Apakah ini baik buat industri hiburan dan filem tempatan kita dan apakah FINAS akan berdiam diri dalam isu ini?. Bagi saya, kita perlu bertindak dan jangan biarkan orang lain tindas kita walaupun kita mesasarkan kejayaan buat diri kita. Kepada produser filem GENG, saya berharap tayangan filem ini dapat diteruskan kerana 'ramai penonton' diluar sana masih lagi belum menonton filem ini dan mereka ingin menonton filem ini di pawagam. Dan kepada pemilik pawagam tersebut, tolonglah kekal tayangan filem GENG di pawagam yang hallnya besar dan jangan kerana ingin memberikan laluan kepada filem luar, kita mengabaikan filem kita sendiri!. Justeru, saya berharap perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Hari Rabu yang lalu genaplah 2 minggu filem Geng ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia. Kutipan seluruhnya untuk 2 minggu yang pertama in telah mencecah RM 4.09 juta, satu pencapaian yang memberansangkan. Kutipan minggu kedua ini menyaksikan penurunan sebanyak 18% dari kutipan minggu sebelumnya. Ini sesuatu yang jarang disaksikan oleh filem-filem tempatan yang biasanya mengalami penurunan kutipan yang mendadak disebabkan oleh khabar berita dari mereka yang telah menonton filem tersebut. Atok mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menonton filem cucu Atok ni, terutama mereka yang telah menonton berkali-kali tu. Pagi tadi ada kawan Atok yang beritahu, nenek dia yang berumur 82 tahun ingin menonton filem ini dan dia sudah pun membuat tempahan untuk menonton hujung minggu ini...peminat setia Upin dan Ipin nenek tu.
Setelah tamat sahaja sekim wajib tayang selama dua minggu, semua pengusaha panggung telah mengurangkan jadual tayangan filem ini dan mengalihkan nya dari panggung yang besar ke panggung yang lebih kecil. Alasan mereka, banyak filem baru dari luar negara masuk dan mereka tiada pilihan selain mengurangkan tayangan filem Geng. Setelah di congak, langkah ini sudah tentu akan menjejaskan kutipan kami dan sasaran yang kami tetapkan sudah tentu tidak akan tercapai. Ini belum mengambil kira bagaimana kecewanya peminat filem ini kerana tidak dapat tiket untuk tontonan hujung minggu ini. Atok mengadu kepada pengedar kami yang kebetulan menjadi Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia. Atok amat kecewa apabila diberitahu bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tayangan filem adalah tergantung kepada budi bicara pengusaha panggung wayang. Atok hairan, apabila sesebuah karya yang indah, yang begitu menonjolkan ciri-ciri rakyat Malaysia, dan menjadi kebanggaan rakyat kita harus memberi laluan kepada karya dari luar negara yang tidak mendapat sambutan hangat jika di bandingkan dengan filem Geng. Atok telah mempersoalkan sekurang-kurang nya,dimana kah business sense pengusaha tersebut jika kita tidak mahu menyentuh semangat petrotisma mereka. Malang sekali bagi Mr. Presiden yang tidak berani berhujah dengan pengusaha panggung untuk memepertahankan karya anak bangsa mereka yang boleh mengaut keuntungan bagi pengusaha tersebut dikekalkan tayangannya. Perkara yang begini bukan selalu kita alami dan seharusnya menjadi kebanggaan kepada karyawan filem dan harus diperjuang dengan pengusaha panggung atau taukeh panggung itu.
Akhirnya Atok telah mengambil keputusan untuk menarik balik semua tayangan filem Geng dari semua panggung mulai semalam sekiranya mereka tidak mengubah jadual tayangan dan mengekalkan panggung yang besar untuk tayangan tersebut. Dengan ancaman tersebut, barulah semua taukeh panggung berkokok dan berjanji untuk menukar jadual tayangan dan pemilihan panggung untuk tayangan. Mereka juga berhasrat untuk bertemu Atok samaada hari Isnin atau selasa untuk membincangkan jadual tersebut dimana perkara ini tidak pernah terjadi. Biasanya, penerbit filem tidak berpeluang berjumpa dgn taukeh-taukeh ini dan terserah kepada mereka untuk menentukan apa yang mereka ingin tayangkan. Khabarnya salah seorang pengurus jadual tayangan telah jatuh sakit hari ini kerana pening untuk menjadualkan kembali filem Geng. Hari ini, Atuk telah memberi amaran sekali lagi kepada mereka , sekiranya tidak ada perubahan jadual dan mengecewakan peminat, Atuk akan menarik balik semua tayangan mulai minggu depan.
Inilah negara ku, kita kena meminta-minta seperti bangsat kepada mereka untuk menayangkan filem kita. Sedangkan filem Geng telah mengalahkan kutipan semua filem antarabangsa dan tidak ada sebab untuk mereka mengabaikan filem ini, kerana mereka mengaut keuntungan yang besar. Sebenarnya mereka mendapat 50% dari hasil kutipan filem ini. Bagi Atuk, kita mesti berani dan berkorban demi menjaga maruah kita.
Sama-sama kita tunggu apa langkah yang mereka akan ambil. Kepada peminat, silalah penuhkan panggung supaya Atuk dapat memperbetulkan keadaan dalam industri filem kita. Selama ini mereka asyik menyalahkan filem kita yang tidak dapat membawa pulangan kepada mereka dan boleh mengambil langkah sesuka hati mereka. Ini negara kita, sudah tentulah kita harus mempunyai suara apa yang patut kita pertonton kan kepada rakyat kita.
Atok...memang mengharapkan sokongan dari semua peminat.

1 Ulasan
kawan saya keja tempat wayang....pemilik wayang akan kerugian sekiranya mereka terus letak upin ipin di hall sebab bila hall besar sekarang tak penuh. penonton hanya sekadar hall kecil...cuma kadang-kadang penerbit filem tak jelas tentang perkara ini...
bagi saya janganla letak di hall kecil...letakla di hall serdahana besar supaya geng upin ipin boleh mencapai sasarannya..
harap finas memantau sekiranya penonton masih ramai pengusaha wayang perlu ikut pasarannnya bkan terus letak di panggung kecil..