Fakulti Teknologi Artistik (FACT) Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menganjurkan Diskusi Filem Indonesia 'GIE, Elianna-Elianna dan 3 Hari Untuk Selamanya' arahan Riri Riza pada 14 dan 15 Mac 2009 bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS. Diskusi serta sesi tayangan 3 buah filem tersebut akan berlangsung yang khabarnya akan di hadiri pengarah filem tersebut. Justeru, semua pelajar, peminat, pengkritik serta blogger filem, anda semua di jemput hadir ke sesi tayangan dan diskusi 3 buah filem tersebut secara ekslusif. Ayuh... jangan lepaskan peluang ini ye.


GIE
Screening Time: 11.00 am
14 Mac 2009, FINAS


elianna elianna
Screening Time: 2.00 pm
14 Mac 2009, FINAS


3 Hari Untuk Selamanya
Screening Time: 11.00 am
15 Mac 2009, FINAS


* Sesi Diskusi Filem akan di adakan selepas tayangan sesebuah filem. Makanan dan Minuman Di sediakan. Untuk mengetahui jadual penuh program ini, sila layari
http://skrinfilem.blogspot.com/

Ulasan terperinci setiap filem, akan datang...