'Fast Furious 4'... imaginasi yang menggemparkan!!

Mulai esok 2 April 2009, tentunya pawagam-pawagam besar yang menayangkan filem ini akan 'full house' kerana 'Fast & Furious 4' adalah filem drift yang dinanti-nantikan terutamanya oleh seluruh penonton dan peminat filem di Malaysia. Filem arahan Justin Lin yang di barisi pelakon-pelakon handalan dan ternama seperti Vin Diesel, Paul Walker, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster dan sebagainya ini boleh di katakan sebuah filem yang bakal menjadi box-office dan paling laris jualan tiketnya, sehinggakan berbulan-bulan lamanya. Tidak percaya?. Mahukah jawapannya?. Kenapa saya memperkatakan perkara ini?. Anda kena tontonlah sendiri filem ini yang akan memecahkan pawagam di seluruh Malaysia mulai esok.

trailer film



Apa kata amy ikram pasal filem ini...?

  • Filem ini memaparkan aksi drift kereta yang sangat mencabar dengan gerak kerja kamera yang terlalu kompleks dan memenatkan. Ia bermain dengan teknik emosi yang mendebarkan, mengghairahkan dan mencemaskan terutamanya di masa scene di dalam terowong yang agak sempit.
  • Fast & Furious 4, memberikan kualiti bunyi dan efek sound yang boleh di banggakan dengan paparan aksi yang sungguh mencemaskan. Kualiti ini dapat dirasai sekiranya anda menonton di pawagam yang mempunyai THX Sound atau Dolby Digital, bukannya dengan VCD atau DVD yang pirated!!.
  • Dari sudut sinematografinya .... filem ini boleh di banggakan... Tidak perlu dipertikaikan ok.
  • Jika di lihat dari sudut penceritaannya, ia agak klise dan sama dengan filem-filem hollywood yang lain, tetapi dari sudut teknikalnya, filem ini boleh di katakan sebuah filem yang tidak mengecewakan saya kerana setiap paparan aksi, visual, dan shot.. sungguh mengkagumkan. Apakah Malaysia boleh membikin karya seperti ini yang banyak aksi-aksi daring yang menggemparkan?. Bagi saya, sukar kerana kita kekurangan kepakaran dan bajet. Jika tidak, dah lama dah kita ada filem sebegini. Soal bajet?. Ye la... kalau produser laburkan berpuluh-puluh juta untuk filem aksi seperti ini di Malaysia.. apakah penonton kita akan pergi tengok di pawagam?. setidak-tidakpun, mereka akan dapatkan copy dari syarikat lanun.
  • Fast & Furious 4, adalah filem suspend thriller yang tidak mengecewakan. Di dalam filem ini, antara scene yang amat mengujakan saya ialah 'semasa perlanggaran sebuah lori treler dengan kereta yang di pandu Vin Diesel'.. Apakah beliau terselamat?. jawapannya ada dalam filem ini.. kenalah tonton dan serbu di pawagam sekarang..
Di antara foto-foto menarik yang terdapat dalam scene Fast & Furious 4..
( 2 April 2009 ) di pawagam


p/s: Thank's to Azwan Annuar yang ajak gua gie tengok preview filem ini pagi tadi di GSC Mid Valley. Superb bro!!!. ***** fast furious 4..

Catat Ulasan

0 Ulasan