Datuk Sudirman Hj. Arshad


Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana akhirnya seniman tersohor tanah air Allahyarham Sudirman Haji Arshad dianugerahkan gelaran Datuk. Anak kelahiran Temerloh, Pahang itu menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Khamis lepas sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-78 pada 24 Oktober lalu. Penganugerahan tersebut membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang amat menyanjungi jasa dan bakti yang dicurahkan beliau kepada Industri Seni tempatan sekaligus pernah mengharumkan nama negara di Royal Albert Hall, London pada 1989 sebagai anak seni tempatan pertama yang membuat persembahan di Dewan bertaraf dunia itu. Sebelum ini, amy ikram ada menulis artikel mengenai 'kewajaran Sudirman Hj. Arshad menerima gelaran Datuk', rujukan artikel 6 Jun 2009, telah mendapat kritikan positif dari teman media dan pembaca setia blog ini. Dan penganugerah Datuk pada khamis lepas telah membuatkan ramai rakan artis dan peminat tumpang gembira dengan penganugerahan tersebut. Justeru, mari lah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad yang telah kembali kerahmatullah pada 1992. Walaupun beliau telah lama meninggalkan kita, namun jasa dan baktinya akan dikenang dan diingati selalu..

-al fatihah-
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman hendakNYA. amin

Catat Ulasan

0 Ulasan