Blog Manakah layak digelar Blog Terbaik di Yoyooh Blogger Awards!! Final 11 Julai 2009!


Tanggal 11 Julai 2009, bertempat di Dewan Titiwangsa, Restoran Nelayan Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, adalah tarikh keramat di mana penulis-penulis blog akan diiktiraf sekaligus dinobatkan sebagai Blog Terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Mempertaruhkan 47 yang terbaik bagi merebut satu gelaran dalam 10 kategori, Anugerah Yoyooh Blogger Awards 09 akan dinilai oleh para juri professional yang rata-ratanya dikalangan penggiat industri kreatif tidak kira bidang penulisan, media dan televisyen. Anugerah buat julung kali ini khabarnya akan mendapat liputan meluas media tidak kira media cetak dan elektronik, sekaligus akan dihadiri oleh ramai selebriti tempatan. Ayuh.. kepada anda yang tercalon, tahniah diucapkan dan jangan lupa bersama kami pada malam tersebut bagi menyaksikan blog manakah yang akan terpilih antara ratusan blog sebagai Blog Terbaik 2009 dan juga kategori lain yang dipertandingkan... Untuk maklumat lanjut, sila klik


**Alhamdulillah... blog saya pun tercalon sebagai Blog Ulasan Filem Terbaik. Tapi saingan sengit adalah blog Ajami Hashim.. huhuhu**

Catat Ulasan

1 Ulasan

Ajami Hashim berkata…
SENGIT & HANGIT katanyaaa! ahahaha!

c u thre bro! ;-)