
Apa yang pasti, seandainya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem berunsur 'lumba haram, rempit dan sebagainya' untuk tayangan ke pawagam, maka pihak LPF terpaksa akur kerana ia melibatkan undang-undang negara yang diputuskan. Namun begitu, kenyataan David Teo beberapa minggu lepas mengatakan bahawa, beliau tidak bersetuju seandainya filem terbitannya diharamkan, memandangkan filem Hollywood dan Bollywood yang lebih ganas dibiarkan tayangannya di Malaysia.
Persoalannya sekarang yang mana satu betul? David mendakwa LPF tiada masalah terhadap filemnya tetapi LPF pula menafikan sudah menonton filem berkenaan. Apa motif David membuat kenyataan sedemikian sedangkan beliau masih belum menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya selepas menghasilkan sesebuah filem?Adakah kerana ia satu tindakan David untuk popular ataukah LPF yang terlepas pandang?
Tepuk dada tanyalah selera. Wallahuallam.**Jika adegan rempit diharamkan KDN, LPF terpaksa akur. Namun, kalau diluluskan tayangannya, mungkin akan wujud klasifikasi baru kot untuk tayangan... Apakah Rempit V3 akan diberi klasifikasi khusus?. (tayangan dewasa sahaja!). Pihak karyawan perlu akur perkara ini. Seandainya filem tersebut memaparkan naratif yang bukan klise sepertimana filem-filem rempit lain, saya percaya LPF boleh berunding isu ini. Kalau sekadar macam filem Rempit, Impak Maksima dan sebagainya.. itu nama klise.. sebab dah sama.. Apa pula pandangan Farid Kamil berhubung perkara ini?. **
0 Ulasan