Penghargaan buat Yasmin Ahmad: Astro wujudkan saluran khas!!


Terlebih dahulu, tahniah diucapkan buat Primeworks, Chilli Peppers dan Keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad menerusi karya 'Talentime', kerana filem tersebut telah memenangi 5 Anugerah di Malam Festival Filem Malaysia ke-22, 2009 yang telah berlangsung semalam di Dewan Caunselor, UMS, Kota Kinabalu, Sabah.

Disebalik kejayaannya di FFM22, siaran tv berbayar Astro, telah mewujudkan satu saluran khas bagi mengenang Allahyarham Yasmin Ahmad menerusi channel 110 'Yasmin Ahmad Dalam Kenangan' yang telahpun beroperasi semalam secara percuma buat semua pelanggan Astro. Untuk makluman anda, saluran 110 Astro tersebut menayangkan klip video iklan, filem dan produk-produk sentuhan Allahyarham Yasmin Ahmad buat semua penonton filem tempatan. Sekali lagi, Amy Ikram mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat Adibah Noor dan Pete Teo kerana sudi bekerjasama dalam penerbitan tribute khas buat Yasmin Ahmad yang telahpun ditayangkan semalam pada FFM22 Awards Nights. Pada anda yang tidak berkesempatan menonton tribute tersebut, insya allah akan saya update masuk ke dalam blog saya ini akan datang.. okay..

Kejayaan Talentime di FFM22 Awards Night 2009

  1. Anugerah Khas Juri 1 - Talentime by Yasmin Ahmad
  2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Mohd Syafie Naswip (Talentime)
  3. Pelakon Harapan Wanita Terbaik - Jacylnn Victor (Talentime)
  4. Lakon Layar Terbaik - Yasmin Ahmad (Talentime)
  5. Pengarah Filem Terbaik - Yasmin Ahmad (Talentime)

Keputusan Lain di FFM22 Awards Night 2009

  1. Anugerah Khas Juri 2 - Film Kami The Movie
  2. Anugerah Khas Juri 3 - Histeria
  3. Anugerah Khas Juri 4 - Geng: Penggembaraan Bermula
  4. Penataan Bunyi Terbaik - Mohd Mohsin Othman – Cicakman 2
  5. Penyunting Terbaik - Faizul Mohd Noh – Setem
  6. Skor Asal Muzik Terbaik - Syed Ahmad Faizal – Papadom
  7. Pereka Kostum / Busana Terbaik - Shen Imagineering – Cicakman 2
  8. Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan – Setem
  9. Anugerah Penggiat Belakang Tabir - Omar Man
  10. Anugerah Pelakon Veteran Wanita - Seniwati Mariani Ismail
  11. Anugerah Pelakon Veteran Lelaki - Seniman S.Shamsuddin
  12. Pengarah Harapan Terbaik - James Lee - Histeria
  13. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Salina Saibi - Bohsia
  14. Cerita Asal Terbaik - Afdlin Shauki - Papadom
  15. Sinematografi Terbaik - Mohd Nor Kassim - Setem
  16. Filem Komedi Terbaik - Los dan Faun
  17. Pelakon Wanita Terbaik - Liyana Jasmay - Papadom
  18. Pelakon Lelaki Terbaik - Afdlin Shauki - Papadom
  19. Filem Terbaik - Papadom

Catat Ulasan

1 Ulasan

kae berkata…
just rerun for gubra, sepet, n TMOff for sepet n talentime.

cam separuh masak je saluran tribute tu.

why not astro masukkan sekali talentime,mualaff, mukhsin + iklan2 yasmin,TMoff n klip2 temubual tribute rakan2 yasmin(ceos,politicians,artists,ppl from the streets, her family/friends).

kena charge pun i sanggup bayar ok.