'Cahaya', lakonan berani Elaine Daily!!

"Cahaya adalah filem yang sangat cantik. Bukan mengenai kewujudan babak separuh bogel, tetapi jalan ceritanya. Kalau mahu filem kita lebih jauh atau Hollywood, kena ada sebuah karya yang lebih realistik" , kata Elaine Daily semasa ditemubual beberapa rakan media mengenai filem terbarunya, 'Cahaya'. Mempertaruhkan pelakon professional, Khir Rahman memegang watak seorang pakar refleksologi buta yang mencari sinar cahaya dalam menghidupkan seseorang, 'Cahaya', arahan Johan John menampilkan model jelitawan, Elaine Daily yang beraksi separuh bogel hanya memakai seluar dalam menerusi beberapa babak di katakan bakal mencetuskan kontroversi dalam sinema Malaysia apabila ditayangkan kelak. Memegang peranan sebagai seorang wanita yang hidup dalam dunia gelap sebagai satu kerjaya hidupnya, Elaine Daily menyifatkan bahawa 'Cahaya', bukan sebuah filem lucah, tetapi ia merupakan karya penuh 'erotik' yang mungkin akan diingati sepanjang zaman. Ketika berbicara mengenai soal jalan ceritanya, Elaine Daily menegaskan bahawa 'Cahaya' akan diingati mungkin dari sudut gaya pengarahan dan shotnya yang sangat indah, apatah lagi ia merupakan filem Malaysia yang bakal ditayangkan pembukaannya di luar negara, sebelum memasuki Malaysia. Namun, apa yang dibimbangkannya adalah potongan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) yang mungkin akan menganggu sesetengah babak dalam 'Cahaya', tetapi bagi Elaine Daily, 'Cahaya' sebuah naskhah yang amat menarik dan perlu ditonton oleh semua pencinta filem apabila ia ditayangkan kelak pada 2010 nanti.

'Cahaya' trailer


p/s: menarik sangat ke 'Cahaya' arahan Johan John ini?. Nantikan sahaja, info-info menarik mengenai cahaya, akan datang!!!

Catat Ulasan

3 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
lawak cite ni.
fadz berkata…
gelapnya imej2 dia.. tapi mmg menungu! filem yg berani amat ditunggu2! masalah: perlu cari manusia lelaki yg lebih seksi daripada khir rahman (kecuali anda Marlon Brando dan anda tahu guna lepa susu di sebuah apartment di Paris) sebab penonton antarabangsa dah bercampur, bukan sahaja lelaki panas dan lesbian menggelegak tetapi gay panas juga.
Tanpa Nama berkata…
aku tutup visual...aku biarkan audionya saje berbunyi...