Khir Rahman, pengarah filem ...Dalam Botol?

Apakah benar Khir Rahman dipilih sebagai pengarah filem kontroversi ... dalam botol?. Jika benar, maka terjawablah sudah selama ini siapakah gerangan yang bakal memikul tanggungjawab yang agak berat ini. ...dalam botol, karya erotik yang mengisahkan hubungan songsang dan cinta sejenis antara pasangan lelaki ini akan memulakan penggambaran pada pertengahan November 2009 di mana pelakon utamanya adalah Arja Lee dan Wan Raja. Menurut Raja Azmi, ...Dalam Botol akan diarahkan oleh Khir Rahman sepenuhnya, namun bagi Raja Azmi, pilihan yang tepat bagi karya ini adalah Osman Ali, kerana cerita gay ini adalah dekat dengan diri Osman. Akan tetapi, Osman telah memaklumkan pada saya (Raja Azmi) bahawa beliau tidak dapat mengarahkan filem ini kerana terlibat dengan filem lain yang jadual penggambarannya adalah sama dengan ...Dalam Botol. Tambahnya lagi, pemilihan Khir Rahman adalah agak tepat memandangkan Khir pernah mengarahkan beberapa buah karya Independent, bahkan ...Dalam Botol merupakan salah satu karya Independent yang memerlukan garapan secara jujur. Ketika ditemui media dalam satu sidang akhbar, Khir Rahman menjelaskan bahawa beliau terkejut dengan tawaran yang dikemukakan padanya, namun bersetuju menggalas tanggungjawab tersebut bukan atas dasar wang ringgit, tetapi ...Dalam Botol merupakan sebuah karya yang sarat dengan mesej positif yang memerlukan pemikiran yang jitu untuk menghayatinya. Justeru, harapan Kak Raja adalah agar masyarakat dapat menonton dan menerima filem ini secara positif apabila ia ditayangkan kelak pada 2010 nanti. Insya allah..

p/s: dengar-dengar khabar, ...dalam botol menyelitkan scene terhangat masa kini yang mungkin akan menghairahkan penonton, tetapi jangan lah harap sangat kerna ia di buat dalam bentuk Director Cut yang mungkin ditayangkan di festival luar dan kami mungkin orang pertama akan menontonnya terlebih dahulu sebelum memasuki pawagam. Cewah.. go kak raja!!! amy ikram support!!!

Catat Ulasan

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
khir rahman ni belakon keras harap2 ok jadi pengarah.
comic_fanz berkata…
actually khir ni die de satu bentuk pemikiran yg lain dr yg lain.. die adalah sorang yang berfikiran kritis.. ia ada jiwa halus yang sensitif..