FFPVM 07, sajikan bicara 4 buah filem hebat!!


Bermula 14 hingga 16 Januari 2010, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan UNIMAP akan menganjurkan Festival Filem & Video Pelajar Malaysia bertempat di UNIMAP Perlis Indera Kayangan. Festival kali ke 7 ini dianjurkan bagi melahirkan karyawan muda yang berkualiti tinggi dan mempunyai daya saing dalam menghasilkan karya-karya kreatif untuk diketengahkan. Dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan, FFPVM 07 ini menghidangkan 4 buah program berkaitan filem yang menyajikan tayangan dan bicara ekslusif filem 'Talentime, Geng: Penggembaraan Bermula, Bukit Kepong dan Ali Setan". Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan secara dekat Malam Anugerah FFPVM dari Dewan 2020 UNIMAP Perlis. Sebagai makluman, FFPVM 07 akan disiarkan rakamannya di saluran RTM akan datang.

14 JANUARI 2010
Pameran Multimedia, Pendidikan dan Komersial
Tempat : Pentas dan booth, Jalan The Store, Kangar
Jam : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tayangan filem Bukit Kepong & Ali Setan
Tempat : Dewan Kapitol, Perlis
Jam : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Seminar / Ceramah: "Filem dan Industri Kreatif" oleh Y.B. Senator Tan Sri (Dr.) Jins Shamsudin.
Tempat : Dewan keikhlasan (Bangunan KWSP), Kangar.
Jam : 2.30 tengahri - 5.30 petang

15 JANUARI 2010
Perasmian Festival Filem Video Pelajar Malaysia Ke-7
Tempat : Dewan Kapitol, Perlis
Jam : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Forum Perfileman
Tajuk : "FILEM DAN PERSADA 1MALAYSIA "

Tema forum bertumpu kepada matlamat penghasilan filem, video dalam konteks merealisasikan konsep satu bangsa Malaysia, khususnya berkaitan dengan integrasi dan perpaduan pelbagai kaum.
Tempat : Dewan Kapitol, Perlis
Jam : 2.45 tengahari - 4.30 petang
Ahli Panel : Y.B. Senator Tan Sri (Dr.) Jins Shamsudin, Othman Hafsham & Haji.Burhanuddin Md Radzi.
Tayangan Apresiasi Filem
Filem : Geng: Penggembaraan Bermula
Penerbit : Haji Burhanuddin Md.Radzi.
Tempat : Dewan Kapitol, Perlis
Jam : 8.30 malam - 10.00 malam

16 JANUARI 2010
Tayangan Apresiasi Filem
Filem : Talentime
Pengarah : Yasmin Ahmad
Tempat : Dewan Kapitol, Perlis
Jam : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Malam Anugerah
Tempat : Dewan 2020, Perlis
Aktiviti : Penyampaian Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta
Jam : 8.00 malam - 11.30 malam

p/s: FFPVM 07, satu platform baru dunia filem tempatan dari kaca mata anak-anak muda..

Catat Ulasan

1 Ulasan

[sutera kasih] berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.