Tora-san Island Encounter... Tayangan Ekslusif 16 Januari 2010 di FINAS!!


Filem kegemaran Allahyarham Yasmin Ahmad, Tora-san Island Encounter yang diarahkan oleh Yamada Yoji akan ditayangkan secara ekslusif dalam format filem pada 16 Januari 2010 di Pawagam P.Ramlee, FINAS bermula pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Tayangan secara percuma itu mengalu-alukan kedatangan semua peminat filem, penggiat dan pembikin filem tempatan untuk sama-sama memeriahkan acara yang diadakan. Filem yang asalnya hitam putih itu diadun kepada format warna, diterbitkan pada tahun 1986 berdurasi selama 112 minit. Pihak FINAS bersama Japan Foundation mengalu-alukan kehadiran anda.


Sinopis Filem secara ringkas:-

Tora kembali ke Toraya dimana terletaknya sebuah restoran yang dimiliki oleh ibu saudara dan bapa saudaranya dan dia mendapati Akemi, seorang anak presiden sebuah syarikat percetakan kecil bersebelahan restoran ibu saudara dan bapa saudaranya telah melarikan diri kerana tidak berpuas hati dengan suaminya. Bapa Akemi telah membuat pengumuman di kaca televisyen dan menyatakan rasa kerinduan terhadap anak perempuannya, tetapi ternyata usahanya sia-sia kerana Akemi tidak mengendahkan hebahan tersebut. Tora telah menawarkan dirinye dalam misi mencari Akemi. Dia disertai ramai kawannya. Dia kemudiannya Berjaya menemui Akemi. Walaubagaimanapun Tora membuat keputusan untuk membiarkan Akemi pulang ke pangkuan bapanya dengan kehendaknya sendiri. Mereka akhirnya mengambil keputusan untuk ke Pulau Shikine. Tora bersama kumpulan graduasi pelajar alumni sekolah lamanya meraikan reuni bersama bekas guru sekolah mereka. Semasa di majlis itu, Tora telah berjumpa dengan seorang gadis yang cantik, bujang dan masih sedang mencari suami.

p/s: Jikalau la Yasmin masih hidup.. saya tentu akan mengajaknya datang bersama-sama.. hurmm

Catat Ulasan

0 Ulasan