'FINAS perlu tayangkan Dokumentari 'The Residency Years'!


Ramai rakan media menggesa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) agar menayangkan secara ekslusif 'The Residency Years' sebuah dokumentari arahan Mansor Puteh. Dokumentari yang mengisahkan kehidupan silam Tunku Abdul Rahman itu mengundang kontroversi apabila Mansor Puteh mengatakan ketidak arifan FINAS dalam menilai dokumentari arahannya. Dalam kenyataan akhbar baru-baru ini, Mansor Puteh amat tidak berpuas hati dengan panel penilaian FINAS yang dikatakan tidak tahu mengenai bahasa filem dan terminologi yang digunakannnya bagi menghasilkan The Residency Years. Tambah Mansor, panel penilaian FINAS itu perlu arif tentang filem dan naratifnya sebelum menilai karya arahannya itu. Namun, FINAS memberi 13 alasan yang mengatakan dokumentari itu agak lemah mengundang polimek yang membuatkan Mansor Puteh tidak senang duduk. Walauapapun yang terjadi, pembikin filem bebas itu tetap mahu menayangkan The Residency Years di RTM pada 8 Februari 2010 iaitu sempena hari lahir Tunku Abdul Rahman yang ke-107. Justeru, persoalannya adalah apakah RTM mahu menayangkan dokumentari itu tatkala FINAS tidak meluluskannya?. Tepuk dada tanya selera.

Berita Selanjutnya.. sila klik di sini

p/s: FINAS perlu mengadakan Tayangan dan Bicara Ekslusif dokumentari The Residency Years arahan Mansor Puteh supaya kita dapat tahu apakah ia merupakan karya terbaik Mansor ataupun tidak?. Betul tak?

Catat Ulasan

3 Ulasan

Hassan Muthalib berkata…
Sudah ditayang. THE DEATH OD CINEMA IN MALAYSIA - jika dengar komen daripada Lembaga FINAS, ahli panel penilai & other jokers in the industry who think they know what is documentary. Ini formalist approach-lah, bangang!! Dah lama sangat otak dah kena brainwash dengan documentary TV3 & Discovery Channel. Hampa semua belajak di sekolah mana?
Hassan Muthalib berkata…
Kalau tak malas, sila tukar OD ke OF. Mana pun jin dah masuk ke dalam komputer!
Tanpa Nama berkata…
itu bukan ruang tayangan, tapi ruang yang dikendalikan oleh sebagaiannya adalah algojo aka death squad. ruang hukuman tembak sampai mati. kesian pada bin Puteh.