'Selamat Jalan Dunia Pondanku', Karya terpanas Mak Ayam Azwan Ali!!

Pengacara, pelakon dan selebriti kontroversi, Azwan Ali yang dikenali dikalangan para artis sebagai 'Mak Ayam' akan menerbitkan buku berjudul 'Selamat Jalan Dunia Pondanku'. Buku yang mengandungi sisipan menarik tentang kaum sejenis itu akan berada dipasaran tidak lama lagi. Menurut Azwan, antara tajuk-tajuk panas yang terkandung di dalam buku ini ialah: Apa Sebenarnya (ala-ala lagu Fauziah Latiff), Akak Ziana dan 3 Siti, 'Adik-adik' Dunia Seni, Azwan Ali Vs Alam Pondan, Pot-pot (Tempat Lepak) Pondan, Pondan Vs Mak Esah, Pondan Durjana Vs Pondan Mulia, Pondan Berlaki Vs Anak Ikan, PA Ker? Vs PA Nyah, Mimpi Ngeri Azwan Ali, Lintasan Kaabah, Panggilan Maut dan Penutup Bicara (Selamat Jalan Dunia Pondan). Tambahnya lagi,' buku ini akan merungkai seribu satu kisah Azwan yang tidak pernah terakam di mana-mana akhbar, media atau TV. Niat saya untuk memberi kesedaran kepada setiap manusia samada pondan atau tidak. "Terpulanglah kepada masyarakat untuk menilai. Buku ini juga dijangka dijual secepat mungkin pada Julai. Namun, pelancarannya akan dilakukan dengan majlis kesyukuran bersama majlis berbuka puasa bersama Anak-anak Yatim."Saya menyeru agar peminat saya mendoakan kejayaan buku ini terhasil menjadi realiti setelah dirancang begitu lama. Dengan termeteri usahasama bersama pihak penerbitan Karangkraf, secara tidak langsung ia penanda awal kejayaan buku ini," kata Azwan menutup bicara petang itu bersama sekelompok rakan media.

p/s: Confirm buku ini akan laris macam pisang goreng panas. Betul tak Azwan?

Catat Ulasan

0 Ulasan