Industri Filem tanpa sentuhan Allahyarham Yasmin Ahmad...


Setelah namanya pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, saban hari muncul sahaja filem-filem baru arahan pengarah filem blockbuster Malaysia. Filem blocbuster merupakan filem kegemaran seluruh rakyat Malaysia yang berjaya mengutip pulangan yang agak memberangsangkan. Ini membuatkan para penerbit filem yang melabur filem tersebut mampu tersenyum tatkala melihatkan jutaan ringgit diperolehinya. Cuma kita penonton hanya tertunduk apabila di pertengahan bulan. Mengeleng-gelengkan kepala tanda kehabisan ringgit..

Dunia filem tempatan di Malaysia bukanlah sehebat industri filem Hollywood. Jadi, usah bandingkan antara kedua-duanya. Amat berbeza dan mungkin sukar mengatasinya. Namun, mampukah kita hidup tanpa karyanya yang banyak menyentuh hati dan perasaan kita tatkala keseorangan?. Apakah ada insan sehebat namanya yang mungkin sama atau berbeza pemikirannya sehingga kita bisa melupakan insan yang kita sayangi.. demi namanya.... Allahyarham Yasmin Ahmad... 'tiada.. ada.. dan sukar dicari ganti'..

p/s: Rindu sangat pada filem-filem dan sentuhan barunya..

Catat Ulasan

0 Ulasan