Evolusi KL Drift 2.. mencabar tapi klise!!

'Evolusi KL Drift 2' arahan dan lakon layar Shamsul Yusof kini masih lagi rancak ditayangkan dipawagam. Filem aksi drift yang diinspirasikan dari filem Jepun - Fast n Furious, sebenarnya merupakan naskah filem yang seringkali mendapat sambutan panas daripada penonton filem tempatan terutamanya golongan remaja - termasuk mat-mat rempit, anak-anak gadis dan sebagainya. Pembukaan filem ini menyaksikan plot yang agak ringkas tiada dramatik yang mewujudkan insiden, hanya kereta drift yang meluncur laju menggambarkan inilah cerita drift kereta yang baru ingin bermula. 15 minit plotnya masih hambar cuma di pertengahan cerita, hanya muncul ketegangan watak apabila Joe ( Aaron Aziz) tampil di workshop milik Zack (Syamsul Yusof), di situ insiden pertengkaran hebat, menyebabkan dendam dibawa ke akhir cerita mewujudkan tragedi yang agak dramatik.

Hubungan persahabatan antara Zack (Syamsul Yusof) dengan Sham (Farid Kamil) merupakan intipati cerita Evolusi KL Drift 2 ini. Begitu juga dengan hubungan cinta antara Aleeya (Scha Al Yahya) dengan Zack. Kedua-dua gambaran ini sememangnya tarikan kepada isi cerita, bukan hanya berlandaskan drift kereta semata-mata. Cuma, agak kabur sedikit apabila watak Sham lakonan Farid Kamil yang masih bertegang dengan Zack dan dirinya sendiri?. Apakah kekurangan pada Sham akibat insiden lalu menyebabkan mereka bertekak sehingga adakalanya menyebabkan ketegangan pada erti sebuah persahabatan?.

Isu yang ditampilkan dalam Evolusi KL Drift 2 ini agak klise iaitu tentang 'dadah'. Persoalan dadah sememangnya terlalu banyak dalam plot filem-filem tempatan bahkan dalam drama di kaca tv sendiri. Syamsul perlu lari dari konsep ini dan mencari bahan atau isu yang lebih segar supaya kreativiti beliau tidak tersekat di situ sahaja. Jika dilihat dari sudut teknikal, Evolusi KL Drift 2 boleh dibanggakan kerana bukan senang untuk membikin filem yang membabitkan penggunaan kereta dan perlumbaan di jalan raya. Sudut camera work juga memperlihatkan kematangan Syamsul dalam mengolah filem ini sebagai sebuah kerja filem yang tidak mengecewakan khalayak. Bagi anda yang belum menonton filem ini, semak jadual tayangan di pawagam berhampiran dan pergi menonton sekarang!!.

untuk menonton trailer, klik sini

p/s: termissed untuk menonton V3 Samseng Jalanan


Catat Ulasan

0 Ulasan