Taman Negara jadi lokasi Penggambaran Filem Lucah!!!



Apa sudah jadi dengan produksi filem ini?. Nak kata bijak memang la bijak tetapi ia disalahgunakan dan memalukan nama penggiat filem itu sendiri. Bukan calang-calang penerbit atau pihak produksi ini, tetapi apa yang pasti ia dilakukan oleh penggiat filem antarabangsa. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata , tindakan yang dilakukan oleh penerbit filem antarabangsa itu memalukan Malaysia, apabila menjadikan Taman Negara sebagai lokasi penggambaran filem lucah untuk pasaran antarabangsa. Tambahnya lagi, pembikinan filem lucah itu juga membabitkan pelakon tambahan yang terdiri daripada masyarakat orang Asli. Mereka melakukan pelbagai adegan seks tanpa seurat benang. Ini menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan apabila ia seolah-olah tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai adat resam yang sangat tinggi. Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya," kata beliau semasa ditemui pemberita. Justeru, apakah tindakan selanjutnya yang perlu dipandang serius oleh pihak FINAS dan kementerian sendiri?. Adakah ia perlu dibiarkan sehingga menimbulkan barah dalam msyarakat kita?. Anda sendiri perlu merungkai jawapannya.

KAWASAN yang didakwa menjadi lokasi penggambaran filem lucah di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.

Wallahuallam..

Catat Ulasan

0 Ulasan