GALA TV.. program hiburan tanpa sempadan!!

Jikalau nak dibandingkan antara program hiburan yang ada di Malaysia, puratanya tidak terkira jumlahnya. Dari stesen tv milik kerajaan hinggalah stesen tv berbayar, rata-rata penonton hiburan kita akan memilih sesuatu rancangan yang mempunyai skop hiburan yang agak sensasi dan adakalanya penuh kontroversi. Mereka tidak melihat isi dan standard penyiarannya, cuma ada isu panas maka stesen tv itulah akan menjadi sasaran kepada peningkatan rating sesebuah program.

Bercakap mengenai program manakah yang mendapat pilihan di hati saya amnya, adalah program terbitan Astro Entertainment, melalui rangkaian Awani, 'Gala TV'. Bukan memuji secara berlebihan, tetapi itulah realitinya yang perlu kita akui. 'Gala TV' dihoskan oleh 3 pengacara berbeza kini tetap menyajikan pelbagai info menarik, bermaklumat dan menepati standard penyiaran yang dikehendaki. Jika kita lihat antara Gala TV dengan rancangan hiburan atau gossip yang lain, ia memberikan definisi atau wadah pemikiran tentang dunia hiburan melalui teknik penyampaian yang tidak keterlaluan sepertimana rancangan-rancangan hiburan yang lain, 'agak propa' atau sekadar menjaga tepi kain orang!. Apakah ini yang di mahukan oleh penonton tempatan kita di Malaysia?.

Gala TV menyajikan pelbagai info hiburan terkini tanpa sempadan tidak kira berita dalam dan luar negara. Ia juga memberikan fokus kepada ulasan atau kritikan terhadap sesebuah filem yang ditayangkan dipawagam tidak kira dari ceruk mana sekalipun. Tujuannya adalah menyampaikan maklumat. Bahkan tetamu khas bagi ulasan filem itu bukan calang-calang individu, 'Ajami Hashim', antara blogger filem dan hiburan yang mempunyai pengaruhnya yang agak tinggi.

Jika anda tercari-cari rancangan hiburan yang mempunyai berita terkini dari seluruh pelusuk dunia, maka GALA TV adalah pilihan anda..

p/s: saya amat tidak menggemari konsep Melodi, Fuhh, Terjah dan sebagainya. Klau penonton macam mak-mak cik, yang suka mengumpat-ngumpat, mereka akan memilih rancangan itu. Saya tidak!!

Catat Ulasan

0 Ulasan