2010.. Kutipan Terkini Filem-Filem Tempatan


Tahun 2010 menyaksikan filem Adnan Sempit berada di tangga teratas dalam kutipan Box Office Filem-Filem Tempatan dengan jumlah kutipan RM 7.66 juta. Ia diikuti KL Drift 2 dengan kutipan RM 5.67 juta ringgit. Manakala filem Lagenda Budak Setan ( RM 4.28 juta), dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (RM 4.23 juta), masing-masing antara filem yang digemari penonton di Malaysia.

Terkini, filem Ngangkung arahan Sutradara Muda, Ismail Bob Hashim membuat kejutan apabila berjaya mengutip kutipan RM 2.36 juta ringgit setelah 6 hari berada dipawagam seluruh Malaysia. Seandainya genap 2 minggu tayangannya, tidak mustahil filem terbitan Metrowealth ini akan mencapai angka RM 5 juta ringgit.

Paling mengejutkan kali ini adalah filem Estet arahan Mamat Khalid hanya mampu mengaut keuntungan RM 500,000 sahaja setelah 2 minggu berada di pawagam ( kini tidak ditayangkan). Tetapi, tahun 2010 adalah tahun terburuk buat Crayon arahan Dean A. Burhanuddin apabila mampu mengaut RM 0.028 juta ( tak sampai sejuta pun), dan 2 Alam yang diwar-warkan mampu mencecah RM 40 juta, kini hanya mampu membawa pulangan yang agak mengecewakan, cuma RM 260,000 sahaja. Ini menjadikan tahun terburuk buat filem terhebat dari kaca mata Dr Rozmey, 2 Alam.

Justeru, industri filem Malaysia masih menunggu kutipan penuh filem 2 Alam secara sah, juga filem yang bakal memasuki pawagam mulai esok 2 Disember 2010, Aku Tak Bodoh, seterusnya Hantu Kak Limah Balik Rumah ( 9 Disember 2010), Aku Masih Dara (16 Disember 2010),
Janin (23 Disember 2010) dan Damping Malam ( 30 Disember 2010).

Nantikan paparan secara ekslusif kutipan penuh filem 2010 di sini.

p/s: Disember time... ada 5 buah filem tempatan akan runtuh panggung. Jom pi tengok!!

Catat Ulasan

0 Ulasan