ASTRO MUSTIKA bakal bersiaran dalam format HD BEYOND!!


Berita yang baru kami terima mengatakan bahawa mulai Januari 2011, Astro melalui rangkaian Mustika bakal bersiaran dalam format HD sepenuhnya. Mustika yang mempunyai 3 saluran filem dan drama iaitu Citra, Warna dan B4U itu bakal menayangkan karya-karya terbaik yang hanya dalam format HD sepenuhnya. Para penerbit filem dan drama yang tidak menggunakan format HD semasa penggambaran tidak layak untuk menayangkan produk mereka di saluran HD tersebut. ASTRO CITRA HD, WARNA HD, dan B4U HD itu akan mulai beroperasi pada awal tahun depan mengikut kesesuaian siaran dan pengumuman kelak. Pelanggan Astro yang hanya melanggan pakej BEYOND HD sahaja akan menerima tiga saluran tersebut dalam format HD sepenuhnya. Pihak ASTRO kini merangka strategi untuk menjadikan ASTRO sepenuhnya beroperasi dalam format HD. Nantikan info terkini secara ekslusif di sini ya..

p/s: Nantikan trailer ... dalam botol dalam format HD di saluran tersebut..

Catat Ulasan

1 Ulasan

Qash Money berkata…
Dah dekat 7 blan, masih tiada berita baru?