Yasmin Ahmad dinobatkan Pengarah Filem Terbaik di FFAP 54, Taipei!!


Walaupun tewas di negaranya sendiri, pengarah filem tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik ( Best Film Director) di Asia Pacific Film Festival 54th, 2010 di Taipei, malam tadi. Kemenangannya menerusi filem kontroversi Muallaf, lakonan Sharifah Armani, Ning Baizura, Datuk Rahim Razali dan Brian Yap itu berjaya mengenepikan filem tempatan lain, Lagenda Budak Setan, Ice Kacang Puppy Love dan Pisau Cukur. Muallaf antara karya terakhir sentuhan Yasmin Ahmad itu merupakan sebuah filem yang gagal bertapak di dalam sebarang kategori di Festival Filem Malaysia ke 23, 2010.

Kemenangan Yasmin Ahmad sebagai pengarah filem terbaik di FFAP 54, 2010 itu memberikan kejutan pada delegasi Malaysia kerana ia merupakan kemenangan pertama anak Malaysia dalam kategori pengarahan, kerana sebelum ini karyawan filem tempatan hanya memenangi kategori lain seperti lakonan dan sinematografi. Antara karyawan Malaysia yang pernah mencipta sejarah di pesta filem asia pasifik adalah Tan Sri P.Ramlee, Maya Karin, Datin Tiara Jacquelina dan Khatijah Tan.

Warga industri Filem Tempatan khususnya, berkongsi kegembiraan atas kemenangan Yasmin Ahmad ini. Kami amat merindui sentuhannya lagi. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Yasmin Ahmad.. One in A Million.

p/s: Kak Min.. Tahniah.. Al-Fatihah



Catat Ulasan

2 Ulasan

johari berkata…
tulah...orang nak buat festival filem..malaysia pun nak buat...tapi buat tah aper-aper...yang di calon kan untuk festivel filem malaysia ialah filem terbaik..pelakon terbaik...bukan filem atau pelakon popular.....huhuhu
itamrazali berkata…
tak sangka menang