'The Highland Towers Disaster Documentary', Tayangan Perdana 11 Disember 2010!!!



Diarahkan oleh Harun Rahman dan Lara Ariffin, 'The Highland Towers Disaster Documentary', bakal menemui penonton tempatan mulai 11 Disember 2010, pukul 9.00 malam. Tayangan secara ekslusif di History Channel ( Astro 555), itu merupakan sebuah dokumentari terbitan produksi tempatan milik Novista Film untuk siaran antarabangsa menerusi saluran AETN All Asia Networks. Pertama kali dipancarkan di saluran History Channel, dokumentari The Highland Towers Disaster itu mengupas sebuah kisah menyayat hati tentang tragedi tanah runtuh yang mengorbankan hampir 48 nyawa di Highland Towers Condominium.

Pelbagai kisah menarik, menyentuh perasaan dan mendebarkan itu antara paparan ekslusif dalam jendela dunia 11 Disember 1993. Nantikan tayangannya pada 11 Disember 2010 pukul 9.00 malam di 555 Astro..

Untuk maklumat lanjut.. sila klik sini ( HISTORY ASIA & NOVISTA)

p/s: Jangan lepaskan peluang keemasan ini...

Catat Ulasan

0 Ulasan