Malam Bersama Mamat Khalid di Malam Bersama Bintang, 10 Disember 2010

Pada 10 Disember 2010, Malam Bersama Bintang akan menayangkan filem ESTET arahan Mamat Khalid. Tayangan secara percuma itu mengalu-alukan kedatangan semua peminat filem di Malaysia untuk sama-sama memeriahkan acara dan aktiviti yang di adakan. Menariknya, Malam Bersama Bintang kali ini bertemakan Lagenda Rock, di mana kemunculan Awie dan XPDC amat di nanti-nantikan. Selain itu, promosi filem terbaru Mamat Khalid, 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' dan 'Janin' arahan M.Hitler Zami turut di adakan. Pihak FINAS selaku penganjur mengalu-alukan kedatangan anda semua.

Turut dijangka hadir pada malam tersebut adalah pelakon filem ESTET, HANTU KAK LIMAH dan JANIN. Pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah dan sebagainya turut di adakan. Nantikan kehangatannya malam esok!!

Tempat: Dataran Karyawan FINAS ( Jalan Hulu Kelang sebelah Zoo Negara)
Masa : 8.00 hingga 12.00 malam
Artis: Awie, XPDC, Azam Zainal, Azwan Annuar, Mamat Khalid dan ramai lagi
Tayangan Filem: ESTET
Promosi: HANTU KAK LIMAH & JANIN

p/s: Malam Bersama Bintang kali ini saya gelarkan sebagai Malam Bersama Mamat Khalid sebab ESTET dan HANTU KAK LIMAH akan serbu FINAS esok malam. Nantikan juga kemunculan julung-julung kali Azwan Annuar di malam tersebut..

Catat Ulasan

0 Ulasan