Usah bertanya.. tunggu keputusannya.. KP FINAS Jawatan paling popular!

Ketika ini kecoh diperkatakan mengenai siapakah bakal menduduki kerusi panas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) , iaitu jawatan tertinggi yang menjadi idaman ramai pembikin dan penggiat filem tempatan. Jawatan Ketua Pengarah Finas yang kini masih kosong disandang sementara oleh Puan Hajah Fatimah bt Hj Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Finas. Sebelum ini, Jawatan tersebut diduduki Datuk Mahyidin Mustakim bagi tempoh 5 tahun yang sudah tamat kontraknya hujung Jun 2011 lepas.

Industri Perfileman Tempatan mula mengorak langkah ke persada dunia, dan ia memerlukan sokongan sebuah badan perfileman terunggul iaitu sebuah organisasi milik KPKK (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia) iaitu FINAS. Maka, jawatan Ketua Pengarah mestilah seorang yang berkaliber, berpengetahuan tinggi, berpengalaman, dan mempunyai portfolio yang baik dalam industri filem tempatan jugak akademik. Ia boleh dikatakan jawatan yang paling popular di Malaysia dan rumusannya ia perlu disandang oleh orang muda yang boleh memimpin serta mempunyai idea-idea yang bernas untuk mencorakkan sinema tempatan sekaligus membawa dimensi baru dalam dunia perfileman tempatan sehingga ke persada dunia.

Maka, kini disebut antara dua nama yang diperkatakan bakal menerajui jawatan KP Finas itu. Mereka adalah Dr.Megat Al Imran Yasin dan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham. Jika dilihat antara kedua-duanya, masing-masing mempunyai portfolio yang baik. Ada yang mahukan Ahmad Idham dan ada juga yang inginkan Dr Megat Al Imran. Apa yang pasti keputusannya adalah terletak pada kebijaksanaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Biarlah dia membuat keputusan rasmi yang khabarnya akan diumumkan tidak lama lagi. Bagi anda karyawan, produser dan penggiat filem tempatan mahupun warga Finas sendiri, kami mengharapkan agar KP Finas yang baru ini akan lebih hebat lagi dalam membawa nama FINAS se-gah namanya sehingga dikenali sebagai sebuah badan kreatif yang terunggul di mata dunia.

Justeru, usah bertanya.. tunggu keputusannya kerana setiap keputusan adalah dari amanat agung Menteri KPKK yang mahu melihat lebih banyak kejayaan dan impian kita dilaksanakan.

Nantikan video ekslusif khas.. Datuk Mahyidin Mustakim, Jasamu Dikenang pada Malam Peringatan yang akan diumumkan tidak lama lagi..

Catat Ulasan

1 Ulasan

DanieL AdiE berkata…
Siapa pon pegang jwtn KP, hrp dpt jalankan tanggungjwb dgn penuh dedikasi..