Salam Aidilfitri 1432H dari Amy Ikram!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ini merupakan hari kemenangan kita setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Segala apa yang kita lakukan di bulan ramadhan itu hendaknya berdasarkan keikhlasan hati dalam menunaikan segala tanggungjawab, agar kita mendapat keberkatan dari-Nya yang maha esa.

Untuk Aidilfitri 2011 tahun ini, Amy berkonsepkan Pink Color sebab warna ini menimbulkan keceriaan kepada kita. Kiranya, sedondon pink sampai la ke kasut sandalku.. hehehe.. Ops.. selain pink, amy juga sediakan konsep purple love ( tema tahun lepas).. mungkin akan dipakai tahun ni, jika konsep pink ini agak bosan.. Oh ya, di kesempatan ini, amy ingin ucapkan Salam Satu Syawal, Salam Aidilfitri dan Salam Penuh Keikhlasan dariku buat semua pelayar laman blogku ini.. agar Aidilfitri tahun ini menggembirakan hati kita seikhlasnya..

p/s: Kepada krewku.. yang bertugas di Rumah Terbuka Aidilfitri di Putrajaya ( Rumah Terbuka PM Malaysia) dan Istana Negara ( Rumah Terbuka Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan), hope ambik shot yang menarik okay!.. ye la korang kan nak edit utk jadikan Dokumentari Khas.. oh ya.. buat bagi kualiti dari promo raya ( yang ape-ape ntah) okay!!..

-amy beraya di Kampung Halaman, Alor Setar, Kedah bersama keluarga tercinta-

SALAM SATU SYAWAL
SALAM AIDILFITRI
SALAM LEBARAN

MAAF ZAHIR BATIN

---amy ikram--

Catat Ulasan

1 Ulasan

DanieL AdiE berkata…
Selamat Hari Raya Amy...